Don't Forget To Bookmark This Page

Friday 30 March 2012

Rahsia Disebalik Kisah P.Ramlee Yang Ramai Tidak Tahu




Semua orang kenal P.Ramlee kan, betul tak? siapa tidak kenal, mungkin sebab dia baru dilahirkan di dunia atau sebab dia seorang pelupa kan...hehe. P.Ramlee atau nama sebenar Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.
Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 di pagi Aidil Fitri. Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Aceh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.
Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.
Beliau pernah memenangi banyak anugerah semasa menjadi pengarah Filem dan salah satunya adalah Artis Serbaboleh di Tokyo, kerana kebolehannya bermain alat muzik, menulis skrip, berlakon, mengarah filem, menghasilkan lagu, dan sebagainya..
ok ok....tapi bukan tu yang nak diceritakan kat sini, sebab korang boleh search je kat google cari je pasal P.Ramlee.. sebab kalau nak diikutkan, kita lebih diterapkan dengan kehebatan hidup P.Ramlee... beliau merupakan seorang yang kaya lah, rumah megah la, tapi yang sebenarnya...hidup P.Ramlee adalah jauh lebih menyedihkan dari itu...cuba bayangkan, kalau P.Ramlee mempunyai duit yang banyak.. mengapa anak2nya tidak menjadi kaya, bahkan tidak memiliki sedikit pun harta dari Arwah bapanya..
Antara kisahnya yang kita tidak tahu, ialah...beliau mempunyai ramai musuh.. terlalu ramai yang membencinya...iaitu pengarah2 yang lain dalam Shaw Brother, dan juga bahagian surat khabar pada ketika itu, dia banyak ditentang oleh banyak pihak. cita-citanya untuk menghasilkan filem-filem melayu yang setanding dengan filem luar, banyak ditentang dan dibenci ramai orang bahkan orang melayu sendiri pada ketika itu, sebelum Allahyarham meninggalkan dunia, hidupnya sangat daif, hanya makan nasi dengan telur sahaja. Untuk majlis pengebumiannya pun, keluarganya tiada sebarang duit pun ketika itu.. Hidupnya ketika masih hidup tidak diperdulikan oleh mana-mana pihak.. hanya ketika kepermegiannya barulah ramai yang bersedih, kerana hanya satu P.Ramlee di Tanah Melayu. Filem-filem nya terus dimainkan berulang kali walaupun berpuluh2 tahun akan datang. Sedangkan filem-filem sekarang hanya dimainkan selama beberpa tahun saja..(paling lama) kerana mementingkan kuantiti dari kualiti. berlumba-lumba nak buat filem siapa paling banyak, tetapi tiada satupun filem yang dapat menandingi aura filem P.Ramlee. Riwayat Hidup P.Ramlee pernah disiarkan dalam Siaran Dokumentari Hebat di Seluruh Dunia,. iaitu HISTORY CHANNEL.

P/S: Untuk mengetahui dengan lebih tepat, lebih detail kisah hidupnya semasa di dunia.. tonton video (klik sini) dalam sarikata bahasa melayu.

10 comments :

Afif on 1 July 2012 at 14:23 said...

Di Singapore....P.Ramlee dihormati....billa dibawa ke KL...perpindahan P.Ramlee ke KL sbenarnye lebih pada konspirasi untuk menjatuhkan P.Ramlee....dgn low technology compare to Singapore....

Derok on 5 January 2013 at 14:57 said...

boleh senaraikan nama2 pengarah filem di shaw broters tak??

Unknown on 2 February 2013 at 04:23 said...

kenapa ye.. pengarah2 tu nama dorang ada lam dokumentari tu, n siap ada tunjuk gambar rasenya..

Anonymous said...

yg paling mnyedihkan .. p.ramlee dijatuhkan oleh bgsanya sendiri..
sdgkn beliau yg mnaikkn imej bangsanya dan bahasa melayu ketika itu.. masih igt lagi kata2 beliau..'bahasa menunjukkan bangsa'.. .. syg bangsa sndiri menghancurkn bangsa sndiri..

arman on 28 May 2013 at 00:23 said...

P ramlee adalah Seniman yg berbakat bukan shj di singapura dan malaysia malah warga indonesia pun turut kagum dangan kebolehannya.

arC vlog on 28 May 2013 at 16:30 said...

awalnya saya tidak mengenal p.ramli..sepintas cuma menonton di rumah teman,karna ada yg unik dari tiap bahasa dari film p.ramli..akhirnya saputuskan tuk meminjam CD nya,,kerana bahasa melayu malaysia hampir mirip dgn bahasa melayu maluku,saya mulai paham dan terpingkal2 tertawa..p.ramli sangat lucu,,sayang ! Zaman telah beruba dan banyak rakyat indonesia tidak jg tidak mengenal dia,sampai2 lagu madu 3 yg di bawa ahmad dani mereka tidak tau penciptanya..
BAHASA MENUNJUKAN BANGSA !
Salut buat P.ramli anak berdarah indonesia tp tetap menjujung malaysia..

Fb..ahmad ridwan thebues

Unknown on 2 June 2013 at 16:05 said...

Betul la awak kata tu, kesian P.Ramlee, saya selalu tengok cerita P.Ramlee.bila saya tengok P.Ramlee dalam cerita, saya macam nak nangis, tapi saya tak nangis.selalu kakak saya yang nangis.ish ish ish

Unknown on 28 March 2014 at 10:51 said...

Bila seperti itu jalan cerita hidup teuku zakaria (p.ramlee) maka tak salah Allah memanggilnya lebih cepat untuk merasakan kebahagiaan sejati di sisiNya... karena percuma bila beliau tercinta ada di sisi kita namun banyak pihak yg tak bertanggung jawab membuat beliau susah... semoga mereka dapat balasan yang setimpal
Bersenang senanglah pak cik di sisi Allah... kami di sini selalu merindukan anda dan karya anda...

Anonymous said...

ramai yang tak tau sejarah hidup beliau yg sebenarnya terutamanya bebudak skrg ni.zaman serba fb,twitter n wasap.dari kecil smpi kebesar mmg minat cite p.ramlee.boleh dikatakan satu filem p.ramlee rasalah dah berpuluh kali tengok kalau ada dalam siaran tv.start tau kehidupan sebenar beliau masa dah masuk sekolah menengah.mmg sedih lah.moga beliau senang dan gembira di dunia yg lain.tabik dgn p ramlee.cite dia mmg terbaik.

Unknown on 22 April 2020 at 16:17 said...

sedih apabila bangsa sendiri yg menjatuhkan bangsa sendiri

Post a Comment

koleksi gempak!!!