Don't Forget To Bookmark This Page

Showing posts with label article. Show all posts
Showing posts with label article. Show all posts

Sunday, 21 April 2013

Isu Terbiar Flat Pekeliling


BIMBANG tentang keselamatan mereka, orang ramai meminta supaya baki sembilan blok flat Pekeliling di Jalan Tun Razak diruntuhkan dengan segera.
Bangunan yang ditinggalkan itu dikatakan menjadi sarang penagih dadah dan tempat bersembunyi bagi pengemis.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah pun melaksanakan pemeriksaan ketat di Flat Tunku Abdul Rahman (Flat Pekeliling) di Jalan Tun Razak, di mana menjadi tarikan untuk aktiviti jenayah dan salah laku di bandar.

Flat Pekeliling berusia 45 tahun ini kini menjadi bangunan terbiar.
Bangunan yang berusia 45 tahun itu yang sepatutnya diruntuhkan pada awal tahun 2010 kini berada dalam keadaan terbiar berikutan isu perundangan yang berlaku.
Ia mencemarkan nama DBKL dan pihak berkuasa tempatan itu kini diberikan tekanan kerana dikatakan tidak berbuat apa-apa terhadap beberapa aduan yang dikemukakan oleh orang awam berkaitan dengan isu keselamatan dan keselamatan.
Flat berkenaan yang sudah pun dikosongkan sejak lewat 2008 dibiarkan usang.
Sejak itu, orang gelandangan, penagih dadah dan kutu rayau menjadikan flat 17 tingkat itu sebagai ‘kediaman’ mereka.
Pakar dan aktivis keselamatan, Kapten K. Bala berkata, flat yang ditinggalkan itu dilihat sebagai tempat yang sesuai untuk jenayah dan sarang kepada aktiviti-aktiviti haram.
“Flat-flat ini terletak di kawasan utama berhampiran dengan terminal bas dan stesen monorel, menjadi ia sebagai kawasan sesak dengan orang ramai. Ini menjadikan orang awam boleh menjadi mangsa jenayah,” kata beliau.
Menurut Bala, bangunan usang itu dikatakan menjadi peluang kepada aktiviti jenayah dan berkaitan dengan pembunuhan Ang May Hong yang berusia 10 tahun pada 1987, di mana kesnya masih belum selesai.

Salah satu unit rumah yang kosong dikatakan menjadi 'sarang berparti' dengan botol-botol minuman keras disusun di atas rak.
“Mayat kanak-kanak perempuan itu dijumpai beberapa jam kemudian di sebuah rumah usang kira-kira 200 meter dari rumahnya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
“Pembunuh itu, disyaki merupakan penagih dadah tidak ditangkap. Sejak itu, apabila saya melalui bangunan atau rumah kosong, ia mengingatkan saya bahawa jenayah seperti itu boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja,” kata Bala.
Beliau menambah, sebagai mengurangkan jenayah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), isu-isu yang membimbangkan orang awam seharusnya diberikan perhatian sewajarnya.
“Jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja. Pencegahan adalah perlu dan kita mesti membasmi lokasi panas jenayah bagi menjadikan bandar lebih selamat,” kata Bala.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, beliau bersetuju dengan Bala mengenai Flat Pekeliling menjadi tarikan kepada aktiviti jenayah dan menggesa Kerajaan supaya membersihkan kawasan itu.
“Ia merupakan masalah lama dan terdapat banyak bangunan yang ditinggalkan di bandar ini yang menjadi lokasi persembunyian oleh pihak-pihak yang berkelakuan tidak baik. Kerajaan seharusnya mempercepatkan pembangunan atau sekurang-kurangnya meruntuhkan bangunan itu,” kata Lee.

Vandalisme: Lukisan grafiti di satu kawasan di salah satu aras.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi Malaysians Against Rape, Assault and Snatch (Marah) turut menerima aduan daripada ahlinya juga orang awam mengenai aktiviti berkaitan dengan jenayah di flat Pekeliling.
“Mereka bimbang tentang keselamatan mereka kerana terdapat banyak unsur yang tidak diingini dan aktiviti menyalahi undang-undang melibatkan mereka yang disyaki mengedar dadah dan penagih dadah.
“Beberapa kumpulan turut terlibat dalam aktiviti jenayah juga disyaki menggunakan bangunan berkenaan sebagai tempat pertemuan mereka dan untuk menyembunyikan barangan yang dicuri atau dadah. Sementara itu, kutu rayau pula menjadikan flat terbengkalai ini sebagai tempat perlindungan,” kata Pengasas Marah, Dave Avran.
“Flat tersebut tidak berpenghuni sejak 31 Disember 2008. Disebabkan lokasinya terletak di kawasan utama, kami menggesa supaya pemaju memulakan kerja mereka secepat mungkin kerana bangunan tinggal ini mendedahkan bahaya kepada ramai orang,” kata Dave.
Mereka juga bimbang struktur bangunan yang dibiarkan terlalu lama itu akan menyembahkan ia retak.
“Bumbung, pintu, tingkap dan paip begitu mudah runtuh sekiranya terdapat tekana berlaku, dan ini akan menjadi ancaman kepada mereka yang berada berdekatan,” kata beliau.
Penswastaan dan pembangunan semula bagi flat berkenaan diumumkan pada awal 1995 dan menjangkakan antara 8,000 sehingga 12,000 penduduk akan dipindahkan dalam dua fasa.

"Bangunan yang dibiarkan usang seperti flat Pekeliling menjadi lokasi sesuai sebagai peluang kepada aktiviti jenayah," kata Bala.
Pemaju yang dilantik oleh Kerajaan iaitu Asie Sdn Bhd mula meruntuhkan Blok A dan B pada akhir 2005 selepas kebanyakan penduduk dari 11 blok berpindah keluar, sebahagian besar mereka berpindah ke flat Taman Sri Rampai di Setapak.
StarMetro pada Januari 2010 melaporkan bahawa kerja-kerja merobohkan flat Pekeliling akan dilakukan dalam dua bulan dan flat Sri Terengganu yang berhampiran dijadualkan untuk diruntuhkan pada tahun yang sama.
Menurut laporan itu, semua blok di kedua-dua kawasan dijangka akan dirobohkan dalam tempoh satu setengah tahun.
Bagaimanapun, ia tidak dilakukan seperti dirancang. Menurut beberapa laporan sebelum ini, kawasan itu akan dilihat sebagai projek pembangunan semula yang diberi nama Taman Sari.
Projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperbaharui kawasan perumahan dan persekitaran lebih baik.
Flat Pekeliling merupakan antara projek perumahan terawal di Kuala Lumpur.
Sebanyak 11 blok flat berkenaan dibina antara 1964 dan 1967.

Saturday, 13 April 2013

Pengurusan Jenazah


Mukaddimah 
Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu. 

Sejajar dengan itu maka terbitlah halaman web ini bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita. 

~~~~~~~ InsyaAllah ~~~~~~~

Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :
  1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.
  2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.
  3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak.
Oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha di atas dugaan yang telah diberikan Allah kepada kita dan berusahalah mencari ubatnya sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud 'Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :
'Menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudiann daripadanya Sunat, tidak lebih dari 3 hari'.
Ketika berada dekat dengan orang sakit, bacalah doa ini berulang kali,
Umat Islam amat menghargai kita melawat orang sakit terutama jika saudara-mara kita yang sakit begitu juga kalau jiran-jiran kita, walaupun jiran kita bukan dari golongan orang Islam.
Apa yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang dalam keadaan nazak?
  1. Perlu berada di sisinya.
  2. Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah Syuhadah iaitu :
Ash-hadu allah illaha illallah.....(cari tulisan jawi !!!!!!)
di telinganya dan hendaklah dimadkan bacaan kalimah tersebut. Manakala rakan-rakan yang lain membaca Al-Quran atau Yasin.
  1. Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke Qiblat dan qiam tangannya.
 
  1. Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan :
    Hendaklah kita ucapkan :
  1. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.
  2. Rapatkan kedua belah matanya.
  3. Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.
  4. Rapatkan mulutnya.
  5. Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.
  6. Luruskan kakinya.
  7. Ikatkan kedua ibu jari kakinya. 
  8. Letakkan di tempat yang tinggi.
  9. Hadapkan ke Qiblat.

Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.
Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :
  1. Memandikannya.
  2. Mengkafankan jenazah.
  3. Solat ke atas jenazah.
  4. Mengebumikannya.

Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.
Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

  1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.
  2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.
    Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.
  3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.
  4. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.
  5. Urusan menggali kubur.
  6. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.
  7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
  8. Ucapan takziah.

  1. Sifat berani.
  2. Sabar.
  3. Amanah.
  4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.

  1. Sediakan tempat mandi.
  2. Sabun mandi.
  3. Air daun bidara.
  4. Air bersih.
  5. Sugi - 7 batang.
  6. Sarung tangan - 3 atau 5.
  7. Sedikit kapas.
  8. Air kapur barus.
  9. Baldi serta gayong.
Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan mayat telah disediakan seperti :
  1. Kain putih (bidang 45")  - 20 meter bagi dewasa
  2. Gunting
  3. Kapas
  4. Cendana
  5. Kapur barus
  6. Air mawar
  7. Minyak wangi (Minyak Attar)
  8. Tikar jerami
  9. Bantal (dari daun pandan)
  10. Tempat mandi yang khas.
mandi.gif (48727 bytes)
  1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.
  2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.
  3. Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri.
  4. Sediakan air sabun.
  5. Sediakan air kapur barus.
  6. Istinjakkan mayat terlebih dahulu.
  7. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
  8. Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas atar tidak tersentuh auratnya.
  1. Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.
  2. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.
  3. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
  4. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :
Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :
"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala"
Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :

"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"
  1. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
  2. Siram sebelah kanan 3 kali.
  3. Siram sebelah kiri 3 kali.
  4. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
  5. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
  6. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.
  7. Lepas itu siram dengan air kapur barus.
  8. Lepas itu wudukkan mayat.

    Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :
    "Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"
     
    "Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"
    Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan.
  9. Siram dengan air sembilan.
  10. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
  11. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.
  12. Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.
  13. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll).
  14. Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.

Pertama :
Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.
Kedua : Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut.
Ketiga :
Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain :
1. Kemaluan
2. Wajah (muka)
3. Kedua buah dada
4. Kedua Telinga
5. Kedua siku tangannya
6. Kedua tumitnya
Keempat :
Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan.
Kelima : Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas.

Keenam :
Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan. Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum  diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya.
Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi.

Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.

Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang.
Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah disolatkan oleh orang lelaki.
Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal menguruskannya.
  1. Cara mengerjakan Solat Jenazah
    Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu.
    Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.
    Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih.
  2. Rukun Solat Jenazah
    Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat :
    i.   Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
    ii.  Berdiri bagi yang berkuasa.
    iii. Bertakbir empat kali.
    iv. Salam
  3. Lafaz niat solat jenazah :

    a.  Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"
b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empattakbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"
c. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam.
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi Imam kerana Allah Taala"
d. Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam.
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi Imam kerana Allah Taala"
e. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi makmum kerana Allah Taala"

f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi Makmum
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi makmum kerana Allah Taala"
  1. Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.
  1. Takbir yang pertama :

    Membaca lafaz :   
Allahu Akbaru (Allah Maha Besar). 
Kemudian dilanjutkan dengan membaca Al-Fatihah :
  1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang. 
  2. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.
  3. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
  4. Yang berkuasa mengadili pada hari pembalasan.
  5. Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepada Mu kami memita segala pertolongan.
  6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
  7. Iaitu Jalan orang yang engkau kurniakan nikmat ke atras mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.

b. Takbir yang kedua.
Membaca lafaz seperti pada takbir pertama, kemudian dilanjutkan dengan membaca selawat atas Nabi Muhammad s.a.w :
 
"Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".
c.       Takbir yang ketiga :
Selepas takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk memohonkan ampun pada si mati :


"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka."

d.      Takbir yang ke empat.
Selepas mengangkat takbir yang keempat hendaklah membaca doa seperti di bawah ini :
 
"Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Selanjutnya yang terakhir adalah memberi salam dan palingkan ke kanan dan ke kiri


Friday, 12 April 2013

Bunga Api Terbesar Dunia Bernilai £10 Juta Semperna Jubli Emas Negara Kuwait


Pihak kerajaan Kuwait telah menghabiskan lebih 10 Juta Pounds untuk menghasilkan pertunjukkan bunga api terbesar di dunia sempena sambutan jubli emas pemerintahan berparlimen negara tersebut. Pertunjukkan bunga api tersebut diadakan di ibu negara Kuwait, Kuwait City dan sebanyak 77,282 bunga api dinyalakan dalam tempoh satu jam. 













sumpah membazir.... andai la 10 juta pound tu digunakan untuk membela nasib rakyat, kalau rakyat dah hebat, bantulah rakyat negara lain.. negara jiran yang dilanda bencana perang..seperti iraq, syiria, afghanistan, palestin.. ianya akan sangat2 lah berguna.. dan dirahmati kan..

Vodka Lebah Gergasi Jepun Yang Boleh Membunuh !!


Vodka orang Jepun ini mempunyai satu perisa tambahan iaitu lebah gergasi. Lebah ini yang dipilih ini adalah serangga yang paling bahaya di dunia. Walaupun racun sengatan lebah ini bakal membunuh tetapi orang Jepun menggunakannya untuk dicampurkan di dalam vodka. 





Bayi Yang Boleh Berenang


Kanak-kanak pandai berenang? Ia mungkin biasa bagi kita. Namun jikabayi pandai berenang, Itu luar biasa bagi semua orang. Sebagai manusia yang normal, ia seperti satu yang sukar diterima lebih-lebih lagi bayi ini masih belum lagi cukup usia setahun. Mereka terlalu muda untuk berjalan dan bercakap tetapi bayi kembar, William dan Ellenita Trykush boleh berenang sejauh 25 meter pada usia hanya sembilan bulan.


Kembar berkenaan gemar berenang sambil menendang kaki mereka di dalam air. Dan gambar menarik ini memaparkan mereka tersenyum sambil berenang. Pencapaian itu menjadi lebih menarik memandangkan kedua-duanya dilahirkan secara caesarean enam minggu lebih awal. Bakat luar biasa pasangan kembar itu mula dilihat ketika bercuti bersama keluarga di Cyprus Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan. Sekembalinya ke Cirenster, Gloustershire, ibu mereka, Charlotte, 3,5 membawa pasangan berkenaan ke kolam bayi tempatan apabila mereka tiba-tiba berenang. “Ia amat mengejutkan. Mulanya mereka berenang lima meter dan kemudian tujuh meter sebelum berenang sepanjang 12 meter,” kata Charlotte, wanita kelahiran Perancis yang juga bekas jurulatih renang. “Memandangkan tidak ada orang di kolam dewasa, saya mencadangkan guru mereka mencuba di kolam renang besar itu “Mereka begitu riang.


Mereka mula berenang sepanjang kolam itu dengan saya berenang di bawah mereka bagi memastikan
kedua-duanya tidak menghadapi masalah dan memandu mereka jika tersalah arah. “Ellie adalah yang pertama. William kelihatan meniru kakaknya. Kami sungguh gembira. Penyambut tetamu dan jurulatih renang datang melihat dan turut kagum Seorang jurulatih yang sudah mengajar selama 20 tahun berkata, ini kali pertama dia melihat keadaan seperti itu. “Saya yakin ia semula jadi kerena mereka terlalu kecil untuk belajar berenang.” kata Charlotte. – DM

Wednesday, 3 April 2013

Makanan Paling Pedas Dalam Dunia


makanan pedas merupakan antara menu yang menjadi kegilaan ramai, tapi tahukah semua, apakah makanan paling pedas dalam dunia ni, tetapi tetap menjadi feveret ramai...

*nenek aku cakap, kurangkan pengambilan makanan pedas2 ni.. xbaik untuk kesihatan, jarang2 ok la kan..


1

10. TOM YUM – SIAM
Sup asam pedas dari Thailand ini memang sangat menggoda, aroma yang memikat dan menjanjikan pedas yang menyengat. Variasi dari Tom Yum ini banyak, antara lain adalah Tom Yum Gai (ayam) atau Tom Yum Pla (seafood), rasa pedas yang ada berasal dari cili yang disebut Thai Bird’s Eye Chilis, air limau nipis dan daun jeruk purut. Menu ni rasa yang cukup untuk menbuat lidah anda seperti dalam ketuhar.
2

9. SHRIMP CREOLE – AMERIKA
Masakan ini berasal dari Amerika Syarikat bahagian Selatan, dan merupakan comfort food buat mereka yang stim bila rasa terbakar kat dalam mulut. Campuran bahan makanan ini sederhana, seperti cili, tomato, udang dan ayam, dan rasa pedas makanan ini didapati dari cilii segar dan cayenne pepper.
papa-huancaina

8. PAPA A LA HUANCAINA – PERU
Makanan ringan seperti salad kentang, yang berisi kentang rebus sejuk, dan disajikan dengan sos Huancaina. Penyajian lengkap makanan ini selalu melibatkan daun salada, buah zaitun hitam, biji jagung, dan potongan telur rebus. Sos Huancaina inilah yang membuatnya ekstra pedas, kerana selain dibuat dari keju, susu kental, garam, salah satu bahannya adalah cili yang disebut Amarillo chili.
Lobak-typepad-com

7. LOBAK DENGAN LADA SICHUAN – CHINA
Pada umumnya salad disajikan segar dengan sedikit rasa masam, tapi salad yang ini sangat berbeza. Lobak dengan Lada Sichuan dan potongan cili merah. Jadi dalam makanan ini anda akan rasa manis, pedas, dan rangup. Memang makanan yang disajikan dengan hebat dan membakar.Cabai yang digunakan? Bird’s Eye Chilis. Jika cabai ini masih kurang, ingat.. ada Lada Sichuan.
276-kimchi-al-bibimbap

6. Kimchi Al Dolsot Bibimbap – KOREA
Bibimbap? Kimchi? nama pelik cuba anda lihat satu persatu. Kimchi adalah acar kobis, yang dicampur dengan bawang putih, bawang merah, cabai, dan halia! Pedas? Sangat! makanan ini juga disediakan panas! Bayangkanlah, rasa pedas bawang dan cibi serta halia yang digabungkan.. pasti menyengat!
Bibimbap adalah makanan klasik korea, yang terdiri daripada nasik, sayor tumis, daging, telur goreng dan semestinya sambal.
chicken

5. CHICKEN WING SUICIDE – AMERIKA
Entah kenapa orang Amerika suka sangat dengan sayap ayam yang digoreng kering, kemudian dicampur dengan bahan panas-pedas yang menurut mereka ‘boleh membakar perut’. Biasanya bahan-bahan campuran berupa campuran Sos Tabasco, potongan cabai kering, dan cabai segar cincang.
jerk

4. JERK CHICKEN – JAMAICA
Bukan ganas sahaja, tapi makanan nijuga best dan sangat mengenyangkan. Bahan campuran khas dari daerah Asia dan Afrika, yang hangat dan beraroma. All spice, cengkeh, kayu manis, daun bawang, pala, thyme dan bawang putih, semuanya ada rasa hangat, yang diperkuat oleh cili Scotch Bonnet yang dikatakan boleh buat orang sasau setelah menelan. Ramai orang kata best
ethiopia-wot

3. WOT – ETHIOPIA
Mungkin ramai orang yg tidak terfikir Afrika juga ada makanan pedas, tapi Ethiopia terkenal dengan Wot (sejenis tumisan). Wot yang paling power musti dicampur satu kilo bawang merah dan bawang putih, beberapa biji halia, dan barbere (campuran bahan kering dan cili kering).
Makanan luar biasa ini dibuat daripada sup ayam, yang diberi bahan seperti di atas, dan direbus selama beberapa jam, sampai semua bahan dapat dirasai. Panas dari cili dan bahan yang ada juga tak ketinggalan sikit pon. Setelah masak, makanan ini disajikan di atas piring roti dan boleh dibelasah ngan telur rebus.
vindaloo

2. VINDALOO – INDIA
Vindaloo pedas sebab daging yang digunakan dalam masakan ini direndam dalam cuka & ditambah ngan cili kering, ketumbar & halia yg pedas. Semuanya akan bekerjasama membuatkan daging yang ada kat dalam menyengat habis!
sambal-ulek

1. SAMBAL ULEK – INDON
Walaupun ia hanya sekadar menu sampingan untuk melazatkan dan membuka selera. Dan ternyata sambal ini 10 kali lebih pedas daripada Thai Bird’s Eye Chili.
Menurut lidah orang barat, sambal ulek ini ultra pedas, dan satu-satunya cara untuk menahan rasa pedasnya, adalah makan makanan lain sebanyak mungkin. uhmm..ada chance yg nih sama cam kat warong penyet the curve tu kot?

koleksi gempak!!!