Don't Forget To Bookmark This Page

Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Friday, 12 April 2013

Gempar Video Ketua Tingkatan Kena Buli Geng Todak


video rakaman Seorang Ketua Tingkatan yang telah disepak terajang oleh pelajar lain, telah menggemparkan seluruh negara, dan pelajar2 tersebut dipercayai dari kumpulan lan Todak menurut rakaman tersebut.. (arghhh... lan tak korang la kan.... ) berikut disertakan sekali video dan gambar2 ahli kumpulan Todak tersebut. video ni juga pernah dimuat naik bersama parody yang super gelak.. hehe
p/s untuk kumpulan todak.. AKHIRNYA DAPAT GAK KORANG JOIN KUMPULAN LAN TODAK KAT SEKOLAH HENRY GURNEY... KIM SALAM AKU KAT LAN TODAK NANTI....hehehe

kat bawah ni lah muka2 pelajar baru sekolah HENRY GURNEY nanti...

buli2

buli3

buli4

buli5

buli6


Thursday, 26 April 2012

Manchester City Bakal Berentap Dengan Harimau Malaya Julai Ini


Kepada peminat Manchester City korang, boleh la membuat persiapan untuk bertemu dengan pemain kegemaran korang, sebab mereka akan turun ke Stadium Nasional, Bukit Jalil, untuk menentang Harimau Malaya Julai nanti.. tapi walaupun korang peminat Manchester City.. pastikan juga korang doakan kejayaan harimau Malaya ni k,.. sebab kalau harimau malaya menang., ini akan naikkan lagi martabat bola sepak negara kita kan.. dan kemungkinan besar... peluang untuk Malaysia masuk Fifa adalah tinggi kan.. hehe... macam tak logik...tapi tak mustahil kan.... Hidup Harimau Malaya!!!



petikan akhbar-
Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City Football Club (Manchester City), akan mengadakan kunjungan julung kali ke Malaysia dan dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya pada 30 Julai di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini.

Ketua Pegawai Jenama Komersial Manchester City, Ian Cafferky, berkata pasukan yang menjadi pencabar pilihan Liga Perdana Inggeris itu berjanji akan membariskan pemain utama mereka dan ini adalah peluang untuk peminat pasukan Sky Blues.
"Kami akan membawa setiap pemain yang ada ke Malaysia. Lawatan ini sangat mengujakan pasukan Manchester City FC.
"Ini jelas membuktikan terdapat satu keghairahan ketara terhadap Liga Perdana (Inggeris) di Malaysia dan kami sangat teruja untuk membawa pasukan kami menemui peminat di Asia Tenggara dan menyaksikan sendiri keterujaan peminat adalah suatu pengalaman yang menarik," katanya pada sidang media mengenai Jelajah Kelab Bola Sepak EPL oleh ProEvent International di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Subahan Kamal; Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad; Ketua Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal; dan Ketua Pegawai Eksekutif Pro Events International Sdn Bhd (Pro Events), Julian Kam.

Sementara itu, Rajagobal berkata kehadiran pasukan Sky Blues ke negara ini dan mengadakan perlawanan persahabatan adalah satu pengiktirafan dan penghormatan kerana Malaysia sekali lagi dipilih oleh satu daripada kelab utama Inggeris sebagai sebahagian daripada latihan persediaan pramusim pasukan.

"Ini adalah peluang skuad negara untuk bermain bersama pasukan bertaraf dunia. Tumpuan kita adalah persiapan Piala AFF Suzuki. Saya nak beri peluang kepada mereka (Harimau Malaya) bermain dengan pemain kegemaran mereka.
"Saya harap skuad negara dapat belajar sesuatu daripada mereka, kita kena fikir secara positif daripada menyatakan perlawanan ini tidak sesuai untuk skuad," katanya.

Beliau berkata, dua perlawanan persahabatan dengan skuad antarabangsa iaitu Arsenal FC dan Manchester City sudah diatur pada bulan Ramadan ini adalah tepat dan perlu dilihat dengan positif.

"Kita cuba fikir, mengapa kelab-kelab ini datang ke Malaysia, kemungkinan dia tahu kemudahan di Malaysia terbaik dan mereka melihat pasukan kita ada peningkatan. Ini penghormatan pada kita.

"Wakil mereka juga memberitahu bahawa Manchester City serius membawa pemain yang terbaik untuk mendapatkan kemenangan," katanya.

Skuad Harimau Malaya turut dijadualkan mengadakan perlawanan persahabatan menentang satu lagi pasukan Liga Perdana Inggeris, Arsenal pada 24 Julai nanti.
- BERNAMA

Friday, 30 March 2012

Rahsia Disebalik Kisah P.Ramlee Yang Ramai Tidak Tahu




Semua orang kenal P.Ramlee kan, betul tak? siapa tidak kenal, mungkin sebab dia baru dilahirkan di dunia atau sebab dia seorang pelupa kan...hehe. P.Ramlee atau nama sebenar Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.
Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 di pagi Aidil Fitri. Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Aceh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.
Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.
Beliau pernah memenangi banyak anugerah semasa menjadi pengarah Filem dan salah satunya adalah Artis Serbaboleh di Tokyo, kerana kebolehannya bermain alat muzik, menulis skrip, berlakon, mengarah filem, menghasilkan lagu, dan sebagainya..
ok ok....tapi bukan tu yang nak diceritakan kat sini, sebab korang boleh search je kat google cari je pasal P.Ramlee.. sebab kalau nak diikutkan, kita lebih diterapkan dengan kehebatan hidup P.Ramlee... beliau merupakan seorang yang kaya lah, rumah megah la, tapi yang sebenarnya...hidup P.Ramlee adalah jauh lebih menyedihkan dari itu...cuba bayangkan, kalau P.Ramlee mempunyai duit yang banyak.. mengapa anak2nya tidak menjadi kaya, bahkan tidak memiliki sedikit pun harta dari Arwah bapanya..
Antara kisahnya yang kita tidak tahu, ialah...beliau mempunyai ramai musuh.. terlalu ramai yang membencinya...iaitu pengarah2 yang lain dalam Shaw Brother, dan juga bahagian surat khabar pada ketika itu, dia banyak ditentang oleh banyak pihak. cita-citanya untuk menghasilkan filem-filem melayu yang setanding dengan filem luar, banyak ditentang dan dibenci ramai orang bahkan orang melayu sendiri pada ketika itu, sebelum Allahyarham meninggalkan dunia, hidupnya sangat daif, hanya makan nasi dengan telur sahaja. Untuk majlis pengebumiannya pun, keluarganya tiada sebarang duit pun ketika itu.. Hidupnya ketika masih hidup tidak diperdulikan oleh mana-mana pihak.. hanya ketika kepermegiannya barulah ramai yang bersedih, kerana hanya satu P.Ramlee di Tanah Melayu. Filem-filem nya terus dimainkan berulang kali walaupun berpuluh2 tahun akan datang. Sedangkan filem-filem sekarang hanya dimainkan selama beberpa tahun saja..(paling lama) kerana mementingkan kuantiti dari kualiti. berlumba-lumba nak buat filem siapa paling banyak, tetapi tiada satupun filem yang dapat menandingi aura filem P.Ramlee. Riwayat Hidup P.Ramlee pernah disiarkan dalam Siaran Dokumentari Hebat di Seluruh Dunia,. iaitu HISTORY CHANNEL.

P/S: Untuk mengetahui dengan lebih tepat, lebih detail kisah hidupnya semasa di dunia.. tonton video (klik sini) dalam sarikata bahasa melayu.

Tuesday, 31 January 2012

Gambar Harith Iskander Tayang Perut Isteri


Ibu bapa sanggup melakukan apa saja demi menyambut cahaya mata yang bakal lahir. Sekarang pula sudah menjadi satu trend, bila sarat mengandung sahaja ada sesi mengambil gambar perut. Ada pula orang yang kata wanita mengandung itu ialah wanita yang paling seksi di dunia.

Bagi Harith Iskandar, juga tidak ketinggalan ingin mengabadikan gambar perut isterinya Jezamine Lim yang sedang mengandung. Kalau tak silap, Harith dan pasangannya Jezamine merupakan pasangan selebriti pertama yang berani mendedahkan gambar perut yang sarat dalam persalinan yang sangat minimalis.


Saturday, 21 January 2012

Izwan Pilus Telah Kembali Ke Rahmatullah



Al-Fatihah kepada Izwan Pilus yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 6.15petang tadi. Salam Takziah kepada keluarga Aril AF. Al-Fatihah..


aku dapat perkhabaran berita ini melalui facebook kumpulan 6ixth sense. dan khabarnya punca kematian izwan pilus ialah mengalami jangkitan kuman dalam darah. sama2 kita berdoa agar rohnya dicucuri rahmat. amin...

Thursday, 19 January 2012

Azwan Ali ‘Tewas’ Akhirnya, Menangis Dan Mohon Maaf Kepada Ummi Hafilda


Setelah melemparkan pelbagai kata nista termasuk ugutan jenayah terhadap adiknya, selebriti penuh kontroversi Azwan Ali hari ‘tewas’ apabila memohon maaf secara terbuka termasuk membuat pengakuan bersumpah tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
Dalam sidang akhbar bersama adiknya, Ummi Hafilda itu, Azwan turut memohon maaf secara terbuka kepada para pemimpin politik dan para artis yang tersinggung dengan mesej twitternya.
Dia yang kelihatan sebak dan menitiskan airmata dalam sidang akhbar berkenaan berjanji tidak akan lagi hantar twitter mengenai politik dan isu-isu semasa.
Azwan mengaku dia termakan hasutan dari pelbagai sudut orang yang berkepentingan politik ketika menghantar tweet balon pemimpin politik – Barisan Nasional.
Dia juga mengaku pernah canang abangnya Azmin Ali bakal jadi Menteri Besar Selangor kerana ketika itu rasa ghairah dan bangga apabila maklumat itu diberitahu sendiri oleh ‘seseorang dalam kerajaan Selangor”

KLIK UNTUK BESAR

 

koleksi gempak!!!