Don't Forget To Bookmark This Page

Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Monday, 6 May 2013

Keputusan Lengkap Terkini PRU 13 Online


Keputusan terkini dan rasmi PRU 13 pilihanraya 2013 online di setiap negeri. Keputusan semasa ini dibawakan kepada anda untuk mengetahui keputusan penuh PRU13. Pada pukul 5 Petang tadi, saluran mengundi telah pun ditutup dan proses pengiraan undi dijalankan. Keputusan rasmi ini dikeluarkan oleh SPR setelah pengiraan undian rasmi di setiap parlimen dan DUN selesai. PRU 13 merupakan satu perubahan besar dalam Pilihanraya dimana dakwat kekal digunakan dalam proses pengundian.

klik sini  untuk menyemak statistik lengkap keputusan terkini PRU 13.. cuma klik pada peta atau pilih pada senarai yang disediakan untuk buat semakan .. tQ





Keputusan Rasmi PRU 13 Pilihanraya Umum 2013 (Live Update)

Keputusan rasmi boleh dilayari dilaman SPR di http://keputusan.spr.gov.my/#home
 
Live Update Keputusan PRU 13 

Keputusan Peringkat Parlimen Seluruh Negeri






Update Semasa 2.19 Pagi: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan bahawa BN berjaya membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan dengan majoriti mudah apabila memenangi kerusi ke-112 pada pukul 12.50 tengah malam tadi.

Update: 1.30 Pagi 
 
BN = 112 kerusi
PAS = 12 kerusi
PKR = 18 kerusi
DAP = 28 kerusi

BN Menang Majoriti Mudah Dan Kekal Sebagai Kerajaan Persekutuan

Negeri Dibawah kerajaan BN selepas Keputusan PRU 13
- Pahang - Perlis - Melaka - Sarawak - Sabah - Perak - Johor - Negeri Sembilan - Terengganu - Kedah

Negeri Dibawah Kerajaan PR selepas Keputusan PRU 13 - Pulau Pinang - Kelantan - Selangor

Keputusan Kemenangan Kerusi Parlimen terkini: BN 112 PR 58
Kerajaan Persekutuan : Barisan Nasional.

Keputusan Parlimen 


Keputusan Dun


sumber : http://www.melvister.com/2013/05/keputusan-rasmi-pru-13-pilihanraya-2013-online-setiap-negeri.html

Sunday, 21 April 2013

7 Maut Kemalangan Ngeri Di Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway)


**Ada laporan mengatakan 5 yang terkorban. Pengesahan sedang diusahakan.
Seramai 7 penunggang dan pembonceng motosikal maut apabila pemandu sebuah Honda City yang mabuk menyondol beberapa penunggang motosikal yang didakwa berhenti di tepi Lebuhraya Persekutuan secara berkumpulan.
Pegawai Penyiasat Trafik Shah Alam, Inspektor Azizul Zahari berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 3.20 pagi tadi di Kilometer 10.6 Lebuhraya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur menghala Shah Alam awal pagi tadi.
Lima orang maut selepas terbabit dalam kemalangan
Menurut saksi, bahagian badan dan mayat para mangsa bergelimpangan di lokasi kejadian.


Monday, 15 April 2013

Rozita Che Wan Chef Paling Seksi ??


Pelakon yang terkenal dengan imej seksi dan gemar memakai bulu mata palsu, Rozita Che Wan akui dirinya akan tetap mengekalkan imej sebegitu meskipun mengikuti program MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua yang bakal berlangsung di Astro Ria mulai 20 April ini. Menurut Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, dirinya tidak mengalami sebarang masalah sewaktu mengikuti program tersebut walaupun dia memasak dengan gaya yang elegan. Betul (masak dengan gaya ala majlis anugerah). Nak masak tak semestinya kena pakai comot-comot. Kita berpakaian cantik pun kita boleh masak. Tak semestinya orang yang cantik itu tak pandai masak. Kalau masak pakai comot-comot, suami pun tak lalu makanlah. Solekan saya pun tak adalah luntur ke apa ke. Elok saja. Tak adalah pula bulu mata terjatuh dalam rendang. Tak ada masalah.





Dalam pada itu, Che Ta turut kongsikan pengalamannya sewaktu memasak ketika cuaca panas dan akui masih boleh teruskan cabaran tersebut meskipun cuaca pada ketika itu mencacatkan sedikit solekannya.
Apabila cabaran di luar, masak selama tiga jam di padang polo ketika cuaca panas, cuma ambil tisu untuk lap peluh.
Memang tak ada masa untuk betulkan solekan dan dengan muka macam itu lah, kami hidangkan makanan – Ujar Che Ta

p/s : rozita che wan vs chef wan  =)
 

Saturday, 13 April 2013

Pergerakan Serangan Anonymous Keatas Laman Web Israel (2)


Bahagian 2

Sambungan dari bahagian 1, untuk lihat bahagian 1, klik sini

Terbaru serangan elektronik. HACKER dari Morocco telah menceroboh masuk ke dalam 3 buah web Israel:
1. http://harmonika.co.il/
2. http://michelamram.co.il/
3. http://sim2usa.co.il/

OPISRAEL ANONYMOUS KINI MUNCUL DALAM WIKIPEDIA

#OpIsrael kini telah wujud dalam wikipedia.

https://en.wikipedia.org/wiki/OpIsrael#References

The "elite" hasbara h4xx0rs of Israel, hard at work - http://i.imgur.com/tvDuOwW.jpg . Lawan #OpIsrael iaitu #hasbara juga sedang bekerja keras.

Sumber:
09/04/2013, #OpIsrael & #hasbara

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pejuang Elektronik: Kejutan pertama, HACKER menyiarkan maklumat dan data Kementerian Kesihatan zionis selepas diceroboh masuk ke dalam sistemnya.

Link - http://www.anonpaste.me/anonpaste2/index.php?2ebf28e94ddaaf15#O/7cvNBd3TTy8sEUzxONPN/E6W0agA3yh25k7J6ucA8


Pejuang Elektronik: Kejutan kedua, HACKER menyiarkan maklumat dan keterangan dari Bank Leumi Israel selepas diceroboh.

Link - http://www.anonpaste.me/anonpaste2/index.php?376625fdf4efac05#LdsimoovtJNP7i4plKsfI3iK0btqf/gcXooBGv5K1Bw



Pejuang Elektronik: Kejutan ketiga, HACKER memperolehi kedudukan (kordinat) lokasi-lokasi penting di Tel-Aviv dan hanya ditunjukkan dalam print screen di bawah sahaja.

kejutan ke3

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pejuang Elektronik: Sistem GPS kereta polis zionis di Tel-Aviv telah diceroboh, dan isyarat-isyarat GPS menerangkan tempat-tempat kereta polis berada.

Sistem web Rafael Advanced Defense Systems Ltd Israel masih lagi 'down'.

www.rafael.co.il


Pejuang Elektronik: Kumpulan 'ISLAM HACKER TEAM' melakukan serangan elektronik ke atas web PM Israel, Benjamin Netanyahu melalui cara DDos Attack, lalu web tersebut berjaya digodam tetapi dapat kembali beroperasi semula. HACKER berjanji akan menutupnya semula.

Menukil petikan berita dari JERUSALEM POST (JPOST), anti-Israel hackers had succeeded in bringing down temporarily the website of the Prime Minister's Office and the website of the Likud party, the Avnet information security company said Tuesday morning.

Sumber:
09/04/2013, Gaza Sekarang dan web berita JPOST


Pejuang Elektronik: Sehingga saat ini, serangan elektronik @ #OpIsrael masih berjalan dan 45 ribu e-mail warga zionis yang baru telah diceroboh.

Menurut #OpIsrael, seorang HACKER iaitu #AnonGhost telah menggodam e-mail pegawai polis Israel.

Web lain yang diceroboh:

1. http://admin.datinet.co.il/opisrael.php

2. http://mayf.co.il/userfiles/clients/

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebilangan web-web Palestin, antaranya web berita MAAN terkena serangan elektronik dari HACKER zionis.

Sebentar tadi, MAAN masih belum dapat beroperasi.

Tamabahan lagi, pengerusi Agensi berita MAAN Palestin, Dr Naseer Al-Liham mengesahkan web berita MAAN telah digodam HACKER zionis yang menamakan diri mereka 'Kill Arab'. Demi keselamatan, jangan memasuki web ini pada waktu sekarang sehinggakan anda pula menjadi sasaran.

Selain web berita MAAN, web televisyen Palestin turut diceroboh lalu dipaparkan bintang daud enam bucu serta ditampal salinan bendera Israel ke dalam web televisyen Betlehem. Kali pertama web berita MAAN gugur di hadapan HACKER zionis dan serangan terlalu kuat. Virus yang datang menyerang web berita MAAN dari beberapa tempat di dunia.

Sumber:
Gaza Sekarang dan profil Dr Naseer



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pejuang Elektronik: Buat kali pertama telah menceroboh masuk ke server glcf, iaitu syarikat kawalan melalui channel satelit. HACKER telah menarik keluar foto yang menampilkan gambaran keseluruhan Palestin yang berada dalam arkib tentera Israel dan ianya tidak dijual atau sebaran atas dakwaan 'keselamatan'. HACKER akan menyiarkan foto tersebut dalam masa yang terdekat.



SERANGAN BERTERUSAN HINGGA CAPAI MATLAMAT

[1 jam yang lalu] Seorang HACKER Algeria telah mendedahkan perincian serangan elektronik ke atas Israel. HACKER berkenaan diberi nama 'Ismail - Lelaki 54' berkata, 'kempen serangan yang disertai ribuan HACKER (penggodam) Arab dan Islam khususnya menyerang Israel telah digerakkan sejak November 2012'. Berikutan itu, matlamat kempen ini untuk membuang Israel dari peta elektronik.

Jelasnya, serangan ini akan berterusan sehinggalah matlamat itu dapat dicapai.

Tambah Ismail, 'dokumen-dokumen yang telah diperolehi selepas menggodam telah pun dihantar kepada pihak keamanan bawah Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza'.


 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Propaganda yang dimainkan Hasbara iaitu ultra zionis gagal. Mereka sendiri yang membeli domain http://opisrael.com/ , lalu mendakwa telah menggodam web HACKER OpIsrael sedangkan sejak serangan Israel ke atas Gaza pada November 2012, web rasmi yang digunakan OpIsrael hanya www.opisrael.tk.

Jika mahukan bukti, sila lihat http://www.statscrop.com/www/opisrael.com

Sumber:
10/04/2013, #OpIsrael



Sebuah web pelancongan Israel - http://www.keshetisrael.co.il/opisrael.html - telah diceroboh oleh HACKER Anonymous.
 

GAZA HACKER TEAM menggodam 44 buah web Israel.

Pergerakan Serangan Anonymous Keatas Laman Web Israel (1)


Bahagian 1

Serangan Oleh Anonymous keatas laman web israel adalah serangan HACK terbesar dalam sejarah dikenali OPISRAEL.. ia bermula pada 7hb April tahun ni, serangan ini bertujuan untuk menghapuskan Negara Israel daripada peta elektronik.. (syukur)..

setakat ini, sudah beribu2 akaun bank warga zionis telah digodam, beratus ribu web israel telah digodam, dan telah disertai oleh ribuan Pengodam dari seluruh dunia.. semata-mata menghapuskan israel dari dunia maya. Walaupun tiada pertumpahan darah berlaku, tetapi apa yang dilakukan oleh team anonymous ni sangat-sangat la HEBAT!!!... sebab ia boleh melumpuhkan negara tersebut, dan meletakkan sesebuah negara tersebut dalam bahaya, ibarat telur dihujung tanduk.. seperti Gaza Team Hacker, menceroboh masuk ke dalam sebuah web Israel dan menyebarkan maklumat sulit yang bahaya. Turut dimuatkan adalah data maklumat penting..
p/s : waktu yang dipaparkan adalah berdasarkan waktu Gaza


Perjalanan OpsIsrael sejak 7hb sehingga 13hb April 2013;-


Pihak-pihak keamanan zionis telah mengungkapkan kebimbangan mereka terhadap serangan elektronik dari kumpulan-kumpulan HACKER (penggodam) yang menyerang jaringan internet. Kebanyakannya adalah pendokong Palestin. Berikutan itu, zionis telah mengambil langkah berwaspada dari sudut pautan capai elektronik.

(7hb) Pejuang Elektronik: Peta penunjuk penyertaan dari kesemua negara Arab dan lain-lain tempat dalam serangan elektronik.

Sumber:
Gaza Sekarang

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pejuang Elektronik: Berikutan web-web zionis yang telah banyak digodam, Yahudi telah menyebarkan virus ke atas web-web dan pautan Arab.

Sekiranya, ada id atau nickname yang mahu 'add' anda seperti:

pavlo_88@hotmail.com, atau
pavlo_88@yahoo.com

Jangan sesekali menerimanya kerana ia adalah virus yang boleh mencuri maklumat komputer. Pihak yang memaklumkan hal ini meminta kesemua pihak bekerjasama menyebarkan maklumat ini. Jika anda menerima atau membukanya, maka e-mail anda beserta password akan hilang. Mereka ini adalah kumpulan HACKERS pelampau Israel yang menamakan diri mereka Kills Arabs.
- Gaza Sekarang


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pejuang Elektronik: Pagi ini, kebanyakan pusat perniagaan zionis di BaitulMaqdis tidak menerima urusniaga menggunakan kad kredit disebabkan serangan elektronik.
Gaza Sekarang


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekitar dari 30 minit ke 3 jam yang lalu.
*Foto: Agensi berita RUSIA TODAY turut membuat liputan berhubung perang siber, antara HACKERS dengan Israel.

[] Pejuang Elektronik: Dua lagi web Israel diceroboh oleh HACKER Libya, salah satunya milik unit tentera zionis YAIRYEDID dan ditampalkan lagu HACKER HACKER TEL-AVIV.

[] Portal berita MAARIV: Presiden Parti Yisrael Beitenu, Avigdor Lieberman menganggap serangan elektronik (perang siber) adalah sebahagian dari anti semitik khasnya ia datang seiring waktu memperingati mangsa-mangsa nazi (Holocaust).

[] Rony, programmer unit siber dalam ketenteraan Israel memberi peringatan dari keruntuhan jaringan internet. Rony mengakui teknologi pertahanan Israel hampir runtuh dan roboh.

Pengakuan ini turut dinukilkan agensi berita REUTERS.

[] Angkatan Tentera Israel memanggil 5000 programmer dan pakar keselematan untuk menghadang serangan HACKER.

[] HACKER Mesir: Alhamdulillah, selama berterusan operasi kami ke atas anak bangsa zionis, web rasmi Knesset (parlimen) Israel telah digodam.

[] Web terbesar Israel yang membicarkan tentang Holocaust juga menjadi sasaran dan dalam proses menggodam.

[] Menurut agensi berita HAARETZ, syarikat-syarikat keamanan elektronik telah membentuk unit operasi dengan kerjasama pihak kerajaan Israel. Unit ini dibekalkan internet untuk menghadang serangan-serangan penggodam.

[] Pejuang Elektronik: Lagi sekali, web-web penting ketenteraan zionis dan web Kementeriannya digodam. Beberapa maklumat penting telah diambil.

Sumber:
Gaza Sekarang


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

[03.29 petang, Mesir ] Negara penjajah bersiap sedia untuk balas perang siber, namun turut mengakui beberapa web Israel telah musnah di tangan HACKER serta kebocoran maklumat.


[03.16 petang, Mesir] Menurut sumber hebrew, salah seorang anggota kumpulan HACKERS yang menyerang web-web Israel adalah seorang kanak-kanak dari Indonesia berusia 9 tahun.

Selepas menceroboh ke salah sebuah web Israel versi hebrew, kata kanak-kanak terbabit dalam mesej yang ditinggalkan, "Kami muslim, kami tentera Allah".

[03.10 petang, Mesir] HACKER dari Chechnya mula memasuki perang siber waktu ini dan telah menceroboh web pembelajaran untuk membuat pesawat pengintip tanpa juruterbang.

[03.06 petang, Mesir] Sekumpulan ANONYMOUS mengumumkan menceroboh 20 web Israel yang terbaru serta menyiarkan senarai web-web terbabit.

[03.02 petang, Mesir] Seorang Hacker Tunisia mengumumkan akan mula operasi 'الثعلب'nya ke atas web-web Israel pada tepat jam 4 petang, waktu Tunisia.

[02.58 petang, Mesir] Pejuang Elektronik: Penjajah mengakui rumpunan serangan HACKERS yang menggodam beberapa web rasmi kerajaan dan HACKERS menutup web Pertubuhan Bintang Merah Daud sebentara tadi.

*Fungsi Bintang Merah Daud seperti Pertubuhan Palang Merah.

Gaza Sekarang


[04.18 petang, Mesir] Pejuang Elektronik: HACKER Brazil menceroboh 10 web-web Israel dan menyiarkan password login web terbabit.

[04.06 petang, Mesir] Web MOSSAD diceroboh lagi dan sebahagian maklumat telah ditarik keluar.

 Akaun facebook milik jurucakap tentera Israel bahasa Arab, Avichay Adraee telah digodam.

Pejuang Elektronik: Sehingga saat ini, 100 ribu buah web-web Israel telah diceroboh menurut perangkaan terkini.

Pejuang Elektronik: Untuk mendengar alunan ayat suci Al-Quran Al-Karim, silakan bertandang ke salah sebuah web Israel yang telah digodam dari HACKER Maghribi.

http://www.barnett.co.il/

Pejuang Elektronik: Sebuah web milik pegawai tentera zionis telah digodam oleh HACKER Maghribi, lalu ditampalkan paparan 'demi syuhada Gaza'.

Pejuang Elektronik: Fan page facebook طقس القدس telah dikembalikan selepas diceroboh pada malam semalam oleh HACKER zionis.

https://www.facebook.com/JerusalemWeather2012?fref=ts


Pejuang Elektronik: Pautan HACKERS menyatakan radio rasmi Israel telah diceroboh dan dimasukkan alunan ayat suci Al-Quran Al-Karim.


ANONY ANONXOX: Dua lagi web Israel yang telah digodam
http://balon.co.il/hosting/balon.co.il/admin/db/
http://danet.co.il/hosting/danet.co.il/DB/


Pejuang Elektronik: Gadis Palestin menceroboh sebuah web Israerl dan membicarakan tentang sejarah palsu rejim zionis.

 [07.10 malam, 8 April ,Mesir] Pejuang Elektronik: HACKER ALgeria menceroboh masuk ke dalam pusat operasi siren kecemasan di utara tanah jajahan 1948, dan juga sebuah web EUROFONE yang membekalkan khidmat komunikasi kepada
Israel.


 
Pejuang Elektronik: Kumpulan HACKER ARAB PANAMA menceroboh 15 buah web Israel.



[07.47 malam, Mesir] Pejuang Elektronik: Web MOSSAD telah diceroboh kali ketiga berturut-turut selepas kembali beroperasi.


HACKER Tunisia berjaya menceroboh masuk ke dalam sistem kawalan di bandar Tel-Aviv, pusat jajahan 1948.

Pejuang Elektronik: Siaran AL-MAYADIN berkata, pihaknya telah memperolehi 17 ribu nama agen MOSSAD dari seluruh dunia dan akan didedahkan pada waktu yang sesuai.

Pejuang Elektronik: Web Kementerian Pertanian zionis telah diceroboh oleh HACKER Libya.



Sambungan klik sini

Friday, 12 April 2013

Bayi Yang Boleh Berenang


Kanak-kanak pandai berenang? Ia mungkin biasa bagi kita. Namun jikabayi pandai berenang, Itu luar biasa bagi semua orang. Sebagai manusia yang normal, ia seperti satu yang sukar diterima lebih-lebih lagi bayi ini masih belum lagi cukup usia setahun. Mereka terlalu muda untuk berjalan dan bercakap tetapi bayi kembar, William dan Ellenita Trykush boleh berenang sejauh 25 meter pada usia hanya sembilan bulan.


Kembar berkenaan gemar berenang sambil menendang kaki mereka di dalam air. Dan gambar menarik ini memaparkan mereka tersenyum sambil berenang. Pencapaian itu menjadi lebih menarik memandangkan kedua-duanya dilahirkan secara caesarean enam minggu lebih awal. Bakat luar biasa pasangan kembar itu mula dilihat ketika bercuti bersama keluarga di Cyprus Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan. Sekembalinya ke Cirenster, Gloustershire, ibu mereka, Charlotte, 3,5 membawa pasangan berkenaan ke kolam bayi tempatan apabila mereka tiba-tiba berenang. “Ia amat mengejutkan. Mulanya mereka berenang lima meter dan kemudian tujuh meter sebelum berenang sepanjang 12 meter,” kata Charlotte, wanita kelahiran Perancis yang juga bekas jurulatih renang. “Memandangkan tidak ada orang di kolam dewasa, saya mencadangkan guru mereka mencuba di kolam renang besar itu “Mereka begitu riang.


Mereka mula berenang sepanjang kolam itu dengan saya berenang di bawah mereka bagi memastikan
kedua-duanya tidak menghadapi masalah dan memandu mereka jika tersalah arah. “Ellie adalah yang pertama. William kelihatan meniru kakaknya. Kami sungguh gembira. Penyambut tetamu dan jurulatih renang datang melihat dan turut kagum Seorang jurulatih yang sudah mengajar selama 20 tahun berkata, ini kali pertama dia melihat keadaan seperti itu. “Saya yakin ia semula jadi kerena mereka terlalu kecil untuk belajar berenang.” kata Charlotte. – DM

Gempar Video Ketua Tingkatan Kena Buli Geng Todak


video rakaman Seorang Ketua Tingkatan yang telah disepak terajang oleh pelajar lain, telah menggemparkan seluruh negara, dan pelajar2 tersebut dipercayai dari kumpulan lan Todak menurut rakaman tersebut.. (arghhh... lan tak korang la kan.... ) berikut disertakan sekali video dan gambar2 ahli kumpulan Todak tersebut. video ni juga pernah dimuat naik bersama parody yang super gelak.. hehe
p/s untuk kumpulan todak.. AKHIRNYA DAPAT GAK KORANG JOIN KUMPULAN LAN TODAK KAT SEKOLAH HENRY GURNEY... KIM SALAM AKU KAT LAN TODAK NANTI....hehehe

kat bawah ni lah muka2 pelajar baru sekolah HENRY GURNEY nanti...

buli2

buli3

buli4

buli5

buli6


Wednesday, 3 April 2013

Pipi Terkoyak Kerana Air Tin Beku


Memang tidak dinafikan, ada di kalangan kita gemar mengoncangkan air tin agar air memancut keluar apabila dibuka. Namun tahukah anda, air tin yang dimasukkan dalam peti sejuk takat beku, dipercayai lebih berbahaya. Ini kerana tekanan dalam air tin tersebut boleh menyebabkan kita boleh terluka. Walaupun fakta ini masih diragui, namun kesannya adalah seperti gambar di bawah ini apabila seorang budak luka di bahagian pipi kerana terkena air tin yang pecah akibat tekanan.


hanyapondokusang.blogspot.com

Di daerah Jiading, Shanghai, seorang budak lelaki mengalami kecederaan yang dasyat apabila air tin yang dibekukannya meletup dengan kuat sejurus dibuka penutupnya. Ini menyebabkan pipi budak berkenaan, terkoyak dengan 31 jahitan manakala mukanya menerima 7 jahitan. Memanaskan atau membekukan air berkarbonat, merupakan satu tindakan yang sangat merbahaya kerana menyebabkan Karbon Dioksida yang larut dalam soda berkenaan akan terlerai menyebabkan berlakunya satu tekanan yang tinggi di dalam air tin berkenaan. Baca di luar air tin. Ada dinyatakan jangan dipanaskan atau dibekukan di bawah takat beku 0 ° c. Sekadar peringatan untuk para pembaca.

Tuesday, 2 April 2013

Istilah Makanan Daripada Daging Babi


Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan,

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..


Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Thursday, 14 March 2013

SKMM keluarkan saman berjumlah RM920,000



CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan sejumlah RM920,000-00 saman kepada Celcom Axiata Berhad, Merchantrade Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Tune Talk Sdn Bhd, Maxis Mobile Services Sdn Bhd dan Maxis Broadband Sdn Bhd kerana melanggar syarat lesen mereka, khususnya kerana gagal memastikan maklumat tepat pengguna akaun prabayar telah didaftarkan dengan betul.



Celcom Axiata Berhad menerima saman terbanyak, iaitu lapan, dan kesemuanya berjumlah RM400,000-00.


Merchantrade Sdn Bhd dikenakan tujuh saman berjumlah RM240,000-00, manakala U Mobile telah dikenakan empat saman berjumlah RM100,000-00.



Tiga saman dikeluarkan terhadap Maxis Mobile Services Sdn Bhd berjumlah RM150,000-00.

Manakala Maxis Broadband Sdn Bhd dan Tune Talk Sdn Bhd masing-masing dikenakan saman sebanyak RM10,000-00.


Pembekal perkhidmatan atau wakil-wakil mereka dikehendaki untuk mengesahkan maklumat yang diberikan oleh bakal pelanggan seperti yang terkandung dalam MyKad atau lain-lain dokumen pengenalan rasmi, seperti pasport.


Pendaftaran ini adalah untuk mengelakkan penyalahgunaan maklumat pengguna akhir (end user) yang juga merupakan pelanggaran syarat lesen sebagaimana yang ditetapkan di bawah Seksyen 242 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


"Kami melihat kegagalan untuk memastikan pendaftaran betul maklumat pengguna yang tepat sebagai kesalahan yang serius.


Kami telah menerima pelbagai aduan dan maklumat tentang kes-kes dimana nombor MyKad atau IC serta nama-nama individu telah digunakan walhal individu berkenaan tidak pernah memohon perkhidmatan tersebut daripada telco yang dimaksudkan," kata Dato' Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM.

Monday, 11 February 2013

Kubur Lama Dalam Masjid




Kubur Lama Dalam Masjid. Mungkin ramai tertanya-tanya mengenai kubur yang berada di tengah-tengah Masjid Razaleigh di Bandar Lama, di Gua Musang, Kelantan. Ini kerana belum pernah ditemui di mana-mana masjid sama ada di dalam atau luar negara kubur orang awam berada dalam masjid. Kebanyakan mereka daripada kalangan ahli jemaah terutama yang datang dari luar daerah ini sudah tentu membuat pelbagai andaian tersendiri, berikutan tidak mengetahui sejarah sebenar yang berlaku apabila melihat kubur yang dianggap pelik itu. Diakui semakin sukar untuk menjejak sejarah serangan komunis di Bandar Gua Musang sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kerana kebanyakan orang lama yang asal tinggal di bandar ini telah meninggal dunia. Bagaimanapun, mujur masih ada rujukan menerusi catatan sejarah dalam diari mengenai serangan komunis itu yang ditulis sendiri bekas Penggawa Hulu Kelantan ketika itu, Allahyarham Nik Jaafar Nik Soh.


Mangsa sarat mengandung


Catatan sejarah itu masih sulit untuk diedarkan kepada umum kerana masih disimpan anak tunggal lelakinya sebagai kenangan walaupun hanya orang tertentu sahaja boleh mendapatkan salinan daripadanya sebagai bukti sejarah itu benar-benar berlaku.


Sebenarnya kubur lama yang berada di tengah-tengah Masjid Razaleigh itu adalah kubur seorang wanita sarat mengandung, Allahyarham Nik Mah Nik Soh, yang mati dibunuh komunis secara kejam di dalam longkang berhampiran jalan masuk masjid.


Serangan komunis itu yang pernah berlaku di Gua Musang pada 4 Januari 1943 apabila ramai orang Melayu ketika itu mati dibunuh dan hanya seorang penggawa ketika itu, Allahyarham Nik Jaafar yang berjaya melepaskan diri dari kepungan komunis.


Nik Mah juga adik kepada Nik Jaafar gagal melarikan diri pada masa serangan itu berlaku kerana sarat mengandung. Allahyarhamah itu terpaksa berselindung di dalam longkang tersebut namun diserang hendap pasukan komunis yang menyerbu ke kawasan terbabit.


Dalam keadaan ketakutan ketika itu, penduduk yang masih selamat mengusung jenazah Nik Mah yang dalam keadaan berlumuran darah ke dalam kawasan masjid sebelum membuat keputusan tanam di bahagian tangga belakang masjid itu.


Pada waktu itu masjid berkenaan dibina dengan kayu dan mampu menampung hanya kurang 100 jemaah sahaja sebelum diubah suai 50 tahun kemudian untuk menampung bilangan jemaah bertambah ramai menyebabkan kubur terbabit berada di tengah-tengahnya.


Sejarah serangan komunis ketika itu juga menyebabkan kebanyakan penduduk tidak boleh tinggal setempat dan kerap berpindah dari satu tempat ke tempat lain untuk mencari perlindungan termasuk sanggup berjalan kaki dalam hutan.


Berselindung dalam longkang


Allahyarham Nik Jaafar seperti yang tercatat dalam tulisan sejarahnya beliau lari seorang diri untuk meminta perlindungan di Balai Polis Bertam.


Ini kerana kebanyakan rumah penduduk ketika itu termasuk kuarters kereta api dan balai polis di Gua Musang dibakar komunis yang mengganas dan merosakkan semua harta benda penduduk.
Nik Mah dibunuh kejam serangan komunis itu bersama 25 orang Melayu terperangkap ketika berselindung dalam longkang berkenaan.


Ada juga yang dibunuh ketika cuba menyeberangi Sungai Galas di belakang kedai Jalan Besar untuk menyelamatkan diri.


Walaupun Gua Musang telah lama diwujudkan, tetapi bilangan penduduk Orang Melayu tidak ramai.


Tumpuan utama komunis berkampung di Kampung Pulai yang selalu memeras ugut Orang Melayu bagi merampas harta termasuk makanan.


Pendapatan utama penduduk ketika itu hanya mengharapkan kepada hasil tanaman dan kerap meminta bantuan kerajaan menerusi pejabat daerah ketika itu terletak di Kuala Krai kerana tanaman dimusnahkan komunis.


Dengan tersiarnya catatan sejarah mengenai kubur Allahyarham Nik Mah dalam Masjid Razaleigh itu dapat memperjelaskan lagi kepada orang ramai berhubung perkara itu dan menjadi kenangan sepanjang masa.

PTPTN Lupus Hutang RM407.9 Juta


PTPTN Lupus Hutang RM407.9 Juta
GRADUAN cemerlang boleh mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman di kaunter PTPTN di seluruh negara. - Gambar hiasan KUALA LUMPUR – Seramai 14,492 graduan cemerlang dikecualikan daripada membayar balik hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membabitkan nilai keseluruhan RM407.9 juta sejak tahun 2003. Jumlah itu termasuk kumpulan terbaru 1,300 graduan cemerlang yang dikecualikan daripada membayar pinjaman berjumlah RM32.9 juta sehingga bulan lepas. Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan berkata, pelupusan pinjaman tersebut membabitkan graduan yang telah berjaya mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf. “Pihak kami juga sedang memproses permohonan kira-kira 800 lagi graduan untuk mendapatkan pengecualian tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar pada bulan lalu mengenai 4,300 graduan yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama tetapi belum membuat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN berjumlah RM116 juta. Menurutnya, PTPTN mengalu-alukan graduan cemerlang memohon pengecualian bayaran balik hutang pinjaman pendidikan sebagai penghargaan atas kegigihan mereka selain galakan kepada pelajar lain.

sumber : kosmo

Pembedahan dengan cahaya handset


Pembedahan dengan cahaya handset







Kesulitan yang dihadapi oleh penduduk Gaza masih terus dirasai di dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Namun mereka tidak hanya mengeluh, bahkan terus gigih bekerja mendepani tugasan dan tanggung-jawab dengan tenang dan bersungguh-sungguh.

Bekalan elektrik hanya selama 4-6 jam sehari di hampir semua kawasan penempatan dan juga institusi kerajaan.

Kelihatan Dr Solah Kahlout, Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Balsam sedang membuat pembedahan Caesarean Section bersama para petugas perubatan yang lain yang terpaksa menggunakan lampu picit dan talipon bimbit untuk membantunya di dewan bedah yang bergelap kerana sekatan bekalan elektrik.

Kehidupan mesti diteruskan......

Diambil dari :


Dr Zainur Rashid Zainuddin

Foto Ihsan :

Ibrahim Lubbad,
Jururawat Jabatan Kecemasan
Hospital Beit Hanon
Gaza

Thursday, 26 April 2012

Manchester City Bakal Berentap Dengan Harimau Malaya Julai Ini


Kepada peminat Manchester City korang, boleh la membuat persiapan untuk bertemu dengan pemain kegemaran korang, sebab mereka akan turun ke Stadium Nasional, Bukit Jalil, untuk menentang Harimau Malaya Julai nanti.. tapi walaupun korang peminat Manchester City.. pastikan juga korang doakan kejayaan harimau Malaya ni k,.. sebab kalau harimau malaya menang., ini akan naikkan lagi martabat bola sepak negara kita kan.. dan kemungkinan besar... peluang untuk Malaysia masuk Fifa adalah tinggi kan.. hehe... macam tak logik...tapi tak mustahil kan.... Hidup Harimau Malaya!!!



petikan akhbar-
Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City Football Club (Manchester City), akan mengadakan kunjungan julung kali ke Malaysia dan dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya pada 30 Julai di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini.

Ketua Pegawai Jenama Komersial Manchester City, Ian Cafferky, berkata pasukan yang menjadi pencabar pilihan Liga Perdana Inggeris itu berjanji akan membariskan pemain utama mereka dan ini adalah peluang untuk peminat pasukan Sky Blues.
"Kami akan membawa setiap pemain yang ada ke Malaysia. Lawatan ini sangat mengujakan pasukan Manchester City FC.
"Ini jelas membuktikan terdapat satu keghairahan ketara terhadap Liga Perdana (Inggeris) di Malaysia dan kami sangat teruja untuk membawa pasukan kami menemui peminat di Asia Tenggara dan menyaksikan sendiri keterujaan peminat adalah suatu pengalaman yang menarik," katanya pada sidang media mengenai Jelajah Kelab Bola Sepak EPL oleh ProEvent International di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Subahan Kamal; Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad; Ketua Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal; dan Ketua Pegawai Eksekutif Pro Events International Sdn Bhd (Pro Events), Julian Kam.

Sementara itu, Rajagobal berkata kehadiran pasukan Sky Blues ke negara ini dan mengadakan perlawanan persahabatan adalah satu pengiktirafan dan penghormatan kerana Malaysia sekali lagi dipilih oleh satu daripada kelab utama Inggeris sebagai sebahagian daripada latihan persediaan pramusim pasukan.

"Ini adalah peluang skuad negara untuk bermain bersama pasukan bertaraf dunia. Tumpuan kita adalah persiapan Piala AFF Suzuki. Saya nak beri peluang kepada mereka (Harimau Malaya) bermain dengan pemain kegemaran mereka.
"Saya harap skuad negara dapat belajar sesuatu daripada mereka, kita kena fikir secara positif daripada menyatakan perlawanan ini tidak sesuai untuk skuad," katanya.

Beliau berkata, dua perlawanan persahabatan dengan skuad antarabangsa iaitu Arsenal FC dan Manchester City sudah diatur pada bulan Ramadan ini adalah tepat dan perlu dilihat dengan positif.

"Kita cuba fikir, mengapa kelab-kelab ini datang ke Malaysia, kemungkinan dia tahu kemudahan di Malaysia terbaik dan mereka melihat pasukan kita ada peningkatan. Ini penghormatan pada kita.

"Wakil mereka juga memberitahu bahawa Manchester City serius membawa pemain yang terbaik untuk mendapatkan kemenangan," katanya.

Skuad Harimau Malaya turut dijadualkan mengadakan perlawanan persahabatan menentang satu lagi pasukan Liga Perdana Inggeris, Arsenal pada 24 Julai nanti.
- BERNAMA

Tuesday, 24 April 2012

Balasan Isteri Beri Makan Suami Darah Haid dan Air Mani



Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.


“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.
“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.
“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.
“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.
“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.
“Entahlah.” katanya perlahan,
” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.
Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.
“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.
“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.
“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.
Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut
“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.
Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.
Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.
Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.
“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu
“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.
Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.
“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.
“InsyaAllah.” Balas saya.
Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.
“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”
“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.
Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.
“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.
“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.
“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.
“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.
“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.
“Keluar lendir bercampur nanah.”
Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”
“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.
Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.
“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.
Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.
“Ustaz,”katanya,
“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”
“Kenapa?”pantas saya bertanya…
“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;
Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.
Saya tanya “Kenapa?”
Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.
“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”
Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.
“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.
Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.
“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.
Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.
Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”
Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.
Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”
“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.
“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.
Mungkin dia terkejut.
“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.
“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.
Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.
“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.
“Tapi Alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.
“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

koleksi gempak!!!