Don't Forget To Bookmark This Page

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, 2 April 2013

Istilah Makanan Daripada Daging Babi


Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan,

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..


Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Tuesday, 24 April 2012

Petua Menghilangkan Parut


Sesetengah orang, apabila terdapat parut, maka banyak urusan menjadi tidak cemerlang, gemilang dan terbilang,.. sebab ape?? sebab hilang keyakinan terhadap diri, sebab kita merasakan orang memandang kita hanya pada parut, dan kadang2 kita akan sentiasa merasakan orang di sekeliling kita memandang serong terhadap kita.. tambahan pula. parut itu terletak di bahagian muka, leher, atau di lengan... kebanyakannya perempuan la kan,.. sebab mereka ini, sudah dilahirkan dengan sifat ingin kelihatan cantik, dan sempurna... bagi sesetengah lelaki pula., mempunyai parut adalah simbol kepada lelaki sejati. parut menandakan lelaki matang.. (walaupun parut jatuh basikal) hehe...terdapat banyak petua2 yang diamalkan untuk menghilangkan parut tanpa perlu berbelanja besar.. so probability untuk dapat kesan sampingan adalah rendah serendah rendahnya...sebab bahan yang digunakan adalah bahan mentah.. setiap ciptaan yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia adalah penawar kepada tiap sesuatu, cuma manusia perlu berusaha lebih untuk menilai dan mengkajinya kan..-HPU



Petua 1 (Asam Jawa):
  1. Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.
  2. Goreng biji asam jawa tanpa minyak lebih kurang lima minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan dengan air dan gosok pada parut. Amalkan selalu dan lihat hasilnya.
  3. Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.
 
Petua 2 (Kulit Kayu Manis):buk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Petua 3 (Pisang) :
Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.


Petua 4 (Ubat Gigi) :
Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.

 Petua 5 (Beras) :
Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

Petua 6 (Lidah Buaya):
Basuh bersih daun lidah buaya yang segar. Sapukan lendirnya di serata kulit yang berparut setiap kali sebelum tidur. Biarkan semalaman dan cuci keesokannya dengan air suam.



Petua 7 (Pisang Emas):
Ambil beberapa biji pisang emas dan kupas kulitnya. Tenyehkan bahagian dalam kulit pisang pada parut. Lakukan setiap hari sehingga anda dapat lihat perubahannya.

Petua 8 (Bedak Sejuk):Campurkan segenggam bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan cekur yang telah ditumbuk halus. Pakai bedak sejuk ini sebelum masuk tidur. Lakukan sehingga kesan parut itu hilang.

Petua 9 (Timun):
Kisar timun dan sebiji tomato. Tapiskan airnya dan minum untuk menyejukkan badan. Ambil hampas timun dan tomato tadi, gossokkan di bahagian muka, tangan dan kaki. Amalkan seminggu sekali.
-wanitasihat

Wednesday, 28 March 2012

Keburukan Makan Ikan Sardin.




ni just petikan: semoga dapat dikongsikan bersama baik buruk ikan sardin ni kan... yang da tau tu, xpe la...lalu je..jgn singgah k., yang xtau tu. xsalah kan berhenti jap... kesihatan korang gak kan.,

“Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.
Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 - RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.
Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.
Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.
Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.
Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.
Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.
Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.
Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.
Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

p/s: nak makan tu xsalah, cuma jangan diamalkan, selalu.. nak ikutkan, semua ada keburukan. makan maggi pun, xbaik..  kadang2 makan xpe la..

Kelebihan Budu Diakui Di Mata Dunia!





Budu merupakan makanan traditional Kelantan yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.
Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.
Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.
Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Thursday, 8 March 2012

Koleksi Gambar Xray Pesakit


Kegunaan Xray adalah bertujuan untuk menunjukkan bahan-bahan asing atau pun tulang patah dan sebagainya, tetapi tahu x korang, yang kadang-kadang korang xkan terpikir pun, apa yang mungkin gmbar xray akan paparkan, sebagai seorang doktor, mesti akan terkejut melihat beberapa benda asing yang diluar kotak pemikirannya akan menemui bahan-bahan seperti ini boleh berada dalam tubuh pesakit.. ganas2...hahhaha



Bad Moments For X Rays
Bad Moments For X Rays

Koleksi Kek Untuk Jururawat dan Pesakit.


tadi kan, kami baru lepas makan kek...sedappp woo...awek bagi ann... memang sedap.., jgn jeles.. hahahaa.. tapi kalu la awek tu bagi kek cam kat bawah ni,..em, pikir jap.. emm emm emm xtau la leh makan ke x.., hahaha.. pulang balik kot kek ni kat awek tadi, hahaha.. (jahat lak rase)..






erkk...xlalu nak makan...










kek untuk pesakit selsema...yakkk!!!!


Koleksi Haiwan Dengan Kesilapan Genetik


Dalam setiap tahun, terdapat beberapa kes dilaporkan dimana haiwan dengan kesilapan genetik di seluruh dunia telah dikesan.. ini apa yang telah dilihat oleh beberapa orang manusia.. bagaimana dengan haiwan yang terbiar di dalam hutan? mungkin lagi banyak dengan haiwan bermasalah dalam kes mutasi genetik kan kan kan.

Lily, Anjing Chihuahua kacukan dari Charlotte, Utara Carolina mempunyai 5 kaki, July 2009


Cy, anak kucing dengan hanya satu mata dan tiada hidung, ditunjukkan gambarnya oleh pemiliknya sendiri pada Disember 2005

Monday, 5 March 2012

Tips Untuk Kurus Tanpa Senaman


Memiliki perut langsing tanpa lemak adalah dambaan setiap manusia baik kaum Adam maupun kaum Hawa. Tetapi jarang setiap orang melakukan sukan olahraga, atau aktiviti luaran mungkin sebab usia makin meningkat, dan kurangnya kawan untuk ajak melakukan aktiviti luar. atau pun, mungkin juga telah melakukan aktiviti luar, tetapi segala upaya tersebut hanyalah sia-sia, kerana lemak di perut tetap tidak berkurangan.
Ok, dibawah ini, saya ingin kongsikan sedikit beberapa tips yang mungkin berguna kepada korang, korang tak perlu lah nak melakukan aktiviti luar untuk mempunyai perut yang rata.


1. Pengambilan makanan yang betul.
"Perut merupakan bahagian anggota badan yang bereriaksi dengan cepat terhadapat perubahan diet. Jika anda

Wednesday, 1 February 2012

Bahaya Jilat Sampul Surat


jilat sampul surat bahaya

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan surat sebagai salah satucara untuk berhubung. Cara yang paling cepat untuk melekatkan sampul surat adalah dengan menggunakan span basah.

Kisah menarik mengenai seorang wanita yang menggunakan lidah untuk menggantikan span basah bagi melekatkan sampul surat dan setem.

Pada suatu hari, seorang perempuan sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk melekat sampul suratnya tapi

Wednesday, 18 January 2012

Bahayakah Minum Darah Sendiri???


sangat berbahaya dan pengaruhnya dapat memanjangkan gigi taring anda, membuat mata anda kuning, dan sangat peka terhadap sinar matahari, bahkan pemakaian dalam jangka waktu lama dan terus menerus dapat mengakibatkan ketergantungan dan kebiasaan keluar malam.

Kemungkinan terjangkit penyakit 98%.



Dalam jumlah yang kecil, hanya beberapa senduk darah , dan jika darah itu bebas dari bakteria pathogen, meminum darah mungkin tidak memberi kesan apa-apa. Tetapi fakta yang sebenarnya, adalah darah bersifat toksik atau beracun.

Di dalam jantung dan pembuluh darah, darah sangat penting bagi kehidupan. Tetapi

Thursday, 12 January 2012

kenali tanda-tanda dan penyakit oleh ImamKhalid



Tanda-tanda dan Penyakit
16 August 2007 oleh ImamKhalid

MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.

Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

koleksi gempak!!!