KANAK-KANAK Palestin mengutip sisa daripada timbunan sampah di kem pelarian Jabaliya di Gaza untuk menyara hidup, realiti yang tidak dilihat dari New York.
Pemerhati Palestin di PBB, Riyad Mansour, memberitahu wartawan selepas sesi mesyuarat majlis, beliau mengutus surat berkenaan kepada 15 anggota badan dunia itu supaya melihat sendiri aktiviti haram Israel yang terus membina penempatan pendatang Yahudi di kawasan Palestin.
Israel menyambut langkah Palestin itu dengan mengarahkan askarnya menyerbu dua stesen televisyen Palestin, merampas beberapa alat transmisi komunikasi dan peralatan lain, salah daripadanya adalah al-Watan TV.
Mansour membuat jemputan itu ketika Setiausaha Agung Rendah PBB bagi Hal Ehwal Politik, B. Lynne Pascoe, memberitahu Majlis Keselamatan bahawa perkembangan di Gaza dan Tebing Barat adalah ‘bahaya dan sukar dikawal.’
Anggota Majlis Keselamatan ketika ini membincangkan lawatan mereka ke lokasi tertentu pada masa depan dan diplomat menganggap langkah pemimpin Palestin bertujuan menarik perhatian antarabangsa kembali ke Asia Barat.
Mansour sudah berunding dengan dua beberapa anggota Majlis Keselamatan bagi membincangkan keadaan tegang di wilayah ditakluki selepas Israel memperhebat pembinaan penempatan Yahudi.’
“Sudah tiba masanya Majlis Keselamatan datang dan melawat Palestin supaya anggotanya dapat melihat dengan mata sendiri keadaan sebenar dan penderitaan dialami penduduk Palestin di wilayah ditakluki,” kata Mansour.
PBB menyuarakan kebimbangan mengenai penempatan baru dan pemusnahan rumah Palestin di wilayah ditakluki termasuk Baitulmaqdis Timur.
Pascoe juga menyuarakan kebimbangan mengenai keganasan antara pendatang dan warga Palestin selepas bedilan roket dilancarkan terhadap wilayah Israel dari Gaza. Rundingan pemimpin Israel dan Palestin buntu sejak September 2010.
Pemimpin Palestin enggan mengadakan rundingan sehingga Israel membekukan kegiatan pembinaan rumah untuk pendatang yang turut dikutuk PBB dan negara kuasa besar.
Duta Israel ke PBB, Ron Prosor mengaku terkejut dengan permintaan pemimpin Palestin itu yang disifatkannya cubaan mengelak daripada mencari penyelesaian sebenar.
Tahun lalu, Amerika menolak cadangan pemimpin Palestin supaya negara lain mengunjungi wilayah ditakluki. – Agensi
0 comments :
Post a Comment