Don't Forget To Bookmark This Page

Monday, 5 March 2012

Tips Untuk Kurus Tanpa Senaman


Memiliki perut langsing tanpa lemak adalah dambaan setiap manusia baik kaum Adam maupun kaum Hawa. Tetapi jarang setiap orang melakukan sukan olahraga, atau aktiviti luaran mungkin sebab usia makin meningkat, dan kurangnya kawan untuk ajak melakukan aktiviti luar. atau pun, mungkin juga telah melakukan aktiviti luar, tetapi segala upaya tersebut hanyalah sia-sia, kerana lemak di perut tetap tidak berkurangan.
Ok, dibawah ini, saya ingin kongsikan sedikit beberapa tips yang mungkin berguna kepada korang, korang tak perlu lah nak melakukan aktiviti luar untuk mempunyai perut yang rata.


1. Pengambilan makanan yang betul.
"Perut merupakan bahagian anggota badan yang bereriaksi dengan cepat terhadapat perubahan diet. Jika anda
inginkan perut kelihatan lebih mendatar, jauhkan dari pengambilan sayuran yang mengandungi gas, garam, minuman berkabonat, dan makanan  yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, dan alkohol." kata Erin Palinski, Amreika. Menurut Erin, makanan di atas hanya akan menyebakan pengumpulan dan perut kembung, ia juga mengesyorkan untuk makan dalam jumlah yang sedikit.

2. Berdiri tegak.
Menuruh Deborah L. Mullen, pelatih kekuatan dari Amerika, berdiri lebih tegak, dapat membuat korang kelihatan lebih ramping, Bagaimana nak menjadikan ia suatu kebiasaan? Cubalah melakukan Pilates. Menurut kajian yang dilakukan pada pengidap sakit kronik punggung, Pilates adalah satu cara terbaik untuk membaiki postur tubuh badan dan memperkuat otot perut dan punggung.
3. Banyakkan pengambilan kekacang dan biji-bijian.
Menurut penelitian yang dibuat dari Universiti Pennsylvanis, AS, diet kacang-kacangan boleh menyusutkan lebih dari dua kali lemak perut,  Biji-bijian juga boleh mengurangi produksi insulin, suatu hormon yang mendorong penyimpanan lemak, sehingga lebih mudah untuk kehilangan lemak perut.
4. Tambahkan cuka yang memberikan rasa asam pada cuka dapat melawan lemak, ini berdasarkan pada penenlitian baru yang dijalankan di Jepun. Dalam sebuah penelitian terhadap 175 orang lelaki dan perempuan di Jepun yang gemuk, mereka yang mengambil minuman yang mengandungi 1 atau 2 sudu makan cuka sari apel setiap hari selama 12 minggu memiliki berat badan secara signifikan lebih rendah, BMI lebih rendah, lemak visceral lebih rendah, dan lingkaran atau lilitan pinggang yang lebih kecil.
5. Jangan makan sehari sekali, atau tidak makan langsung,. sebab apabila makan sekali, korang mesti akan mengambil dalam kuantiti yang banyak, sebab lapar tidak makan sebelumnya...ini akan membuatkan korang cepat gemuk, berbanding mereka yang makan 3 kali sehari dalam kuantiti yang sedikit. Makanlah mengikut sunnah Rasullulah.. makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.

0 comments :

Post a Comment

koleksi gempak!!!