Don't Forget To Bookmark This Page

Saturday, 21 April 2012

Penjagaan, Pengurusan, Keuntungan Ayam Pedaging


RM1 untung bersih satu ekor, kalau 200 ribu ekor?
 
Salam,. lama da x update blog ni..heee.... sebab menghadiri satu kursus di Institut Teknologi Unggas (ITU) di Melaka, tau ke ape maknenye unggas tu?? haha... unggas tu maksudnya haiwan yang berkepak dua, berkaki dua(2), seperti ayam, burung unta,..dll. kursus ni lebih kurang 4 hari anjuran Jabatan Veterinar, tapi kursus pada seminggu lepas, adalah kursus ayam pedaging, yang mana dalam kursus tersebut telah membincangkan selok belok perniagaan, untung rugi, jenis reban, cara penjagaan ayam pedaging, status industri unggas ni dan baka unggas, prasarana reban tertutup dan reban terbuka, pengurusan peringkat perindukan, enakmen-enakmen dalam dunia peladangan unggas, penjagaan kesihatan pada ayam pedaging, pengurusan peringkat pembesaran, ekonomi ladang dan juga ada dibuat lawatan ke ladang ternakan ayam. Pengenalan kepada E.M dalam pertenakan juga banyak diterangkan.. kursus ini lebih kepada mereka yang berminat untuk menguruskan suatu ladang pertenakan ayam pedaging secara komersial.. Peluang perniagaan ayam pedaging secara amnya sangat menguntungkan dan membawa pulangan yang besar kepada usahawan peladangan yang benar-benar serius dalam industri ini,
Bagi mereka yang sedang merancang, atau sedang membuat peladangan ayam pedaging pada peringkat permulaan, adalah disyorkan supaya membuat kontrak dengan intergrator-intergrator besar seperti CP, CAB, Ayamas, Leong Hup, Pin Wee dan macam2 lagi. Ini kerana, sekiranya korang membuat kontrak dengan mereka, peluang untuk korang rugi adalah rendah berbanding jual di pasar2 basah, atau jual sendiri la...sebagai contoh katakan,.. korang bela 200 000 ekor ayam pedaging, dan sekiranya kontrak telah terikat dengan intergrator.. korang tak perlu pikir pasal jualan, sebab gerenti intergrator akan ambil kesemua ayam2 tu, cuma pastikan ayam yang korang bela tidak mati melebihi peratus yang ditetapkan dalam kontrak tu, kebisaanya kematian mestilah kurang dari 5% ..
Antara kelebihan lain berkontrak dengan Intergrator ni adalah...
1. korang xperlu pikirkan kenaikan harga atau sebagainya.. walaupun, harga pasaran ayam turun atau naik..harga yang korang dapat tetap dan tidak berubah...pada kebiasaanya seekor RM1 (untung bersih) kalau 200 000 ekor ayam???
2. Korang tidak perlu pikir pasal pembelian baka, sebab intergrator yang akan sediakan baka berusia 1 hari pada korang... (baka yang terpilih, terbukti sihat dan bebas penyakit).
3. Sekiranya kematian adalah tinggi.. maka intergrator akan datang dengan orang meraka untuk memeriksa keadaan ladang anda- samada telah dijangkiti penyakit seperti
                 a. Newcastle Disease (ND) - Paling bahaya, kematian adalah 100% sekiranya berjangkit, maka kesemua ayam dalam reban akan mati. tanda-tanda ND adalah batuk, susah bernafas, mata berair, berak cair hijau.

                 b. Gumboro Disease (IBE)  - boleh melibatkan kematian, berjangkit ke ayam lain, berlaku pada ayam bawah 6 minggu. merendahkan keimunan. tanda-tanda IBE bulu renyuk, mematuk buntut, berak kapur, menggigil, lemah, atau mati..

                 c. Chronic Respiratory Disease (CRD),tanda-tanda penyakit CRD adalah mata dan hidung berair, muka bengkak, susah bernafas, batuk dan bersin, tembesaran terganggu.. kalau nak tau ayam anda susah bernafas atau batuk, adalah pada waktu malam, apabila keadaan sudah sunyi,. anda akan dengar ayam sedang batuk atau susah bernafas berbunyi..

                 d. Colibacillosis..

kesemua masalah ini adalah disebabkan oleh bawaan dari burung liar, manusia, kenderaan, ubat terlarang, dan pengurusan di ladang.. segala penyakit ini tidak akan berlaku sekiranya anda cermat dan rajin menjaga kebajikan ayam anda di ladang, tidak salah membuat kebajikan pada mereka tanpa memikirkan keuntungan semata-mata, last2 penyakit yang datang.. so siapa yang rugi?? korang jugak yang rugi, ayam mati, kos meingkat, pelabur atau intergrator mula meragui korang, dan tempat korang akan tercemar dan berbau, masalah lalat dan sebagainya...

Note: Walaupun kontrak dengan intergrator tidak seuntung jual sendiri ayam,..tapi pada zahirnya berkontrak dengan intergrator adalah jalan terbaik, kerana ayam yang dibela pasti akan di ambil oleh mereka, dan tidak perlu memikirkan kadar turun naik harga.. sekiranya jual sendiri, korang perlu memikirkan kepada siapa ayam nak dijual, dimana, apa pasaran ayam untuk 1kg, di mana dapatkan baka, dan bagaimana ayam tidak sempat dijual selepas 38 - 42 hari...(selepas 38 hari umur ayam, kos akan meningkat-kerana ayam besar kuat makan tapi lambat naik) dan sebagainya..

Pastikan!!!

sebelum membina, rancang dahulu kedudukan reban tersebut,  pastikan kedudukan reban adalah memanjang dan keadaan memanjang tersebut tidak hadap matahari..
contoh:

 ( *--------------* )   

(*) pertama hendaklah menghadap kearah barat, dan (*) kedua menghadap ke arah timur... dan --------------- tidak menghadap matahari. (paham x?)

kedua; sebelum membina, pastikan korang telah patuhi enakmen2 dalam negeri masing2.. dapatkan keterangan lanjut di Veterinar negeri, atau Jabatan Alam Sekitar dan siapa yang berkaitan...antara enakmen tersebut adalah jarak reban dari kawasan perumahan ( biasa = 200 meter) dan jarak dari kawasan ladang lain (biasa = 500 meter ) ini bagi mencegah masalah lalat, bau dan penyakit yang mungkin terjadi.

lesen pada negeri selain Melaka tidak perlu bagi membela ayam tidak lebih 500 ekor, tapi selepas 500 ekor, adalah diwajibkan untuk mengambil lesen bagi tujuan yang sah. Di Melaka, walaupun membela ayam satu ekor, wajib memiliki lesen tetapi tiada charge dikenakan, ianya adalah percuma.


Ketiga : jaga kebajikan ayam, suhu ayam, persekitaran, luas lantai bagi setiap anak ayam, makan minum ayam, ubat-ubatan, dan sebaginya...

Pasaran:
- harga anak ayam sekitar rm1.40 hingga rm2.00 (per/ekor)
- harga ayam 1 kg = 4 - 4.70 (anggaran)
- tempoh jangka hayat ayam untuk dijual adalah pada umur 38 - 42 hari sahaja.
- pemintaan makin meningkat.
- 70% adalah kos makanan ayam sahaja.


Sekian,.
Apa yang diterangkan diatas hanyalah 10% daripada silibus sebenar, cuma nak bagi gambaran dengan dunia ayam pedaging je, try la sertai kursus institut Teknologi Unggas di Melaka,. cuma bayar RM20 pendaftaran, dan korang akan hidup dalam hotel..memang selesa, bilik hotel, cuma xde tV je, aircond, makanan memang gempak,.. tenaga pengajar memang sporting, dan banyak pengalaman,..xrugi korang kesana....hehe...sekiranya ada soalan, korang boleh tinggalkan di ruangan komen dibawah k..
semoga korang akan jadi peladang unggas yang berjaya..aminn.

23 comments :

Unknown on 31 January 2013 at 22:00 said...

agak-agak bila kursus terdekat buat masa ni. .

Unknown on 2 February 2013 at 04:29 said...

itu saya xpasti, cube call pejabat veterinar negeri, sebab jadual sentiasa berubah2 setiap tahun, n kursus ni dibuat atas permintaan.. dan lebih baik booking awal.. sebab pengambilan adalah terhad setiap tahun.. 1 tahun just sekali kursus sahaja.. kalau terlepas, kene tunggu tahun berikutnya.. memang best kalau dapat join.. xrugi, xpenat, xsusah, memang happening.. =)

Alputetan on 3 March 2013 at 16:32 said...

bole dptkan no tel veterinar negeri tak

Unknown on 14 March 2013 at 10:40 said...

09-5171090 atau 09-5171288 untuk negeri pahang, nanti minta sambungkan dengan veterinar negeri masing2, jika duduk di luar pahang. =)

Mohd Suhaimi said...

Thanks yea ngan info nyer. minta izin nak share...

Alputetan on 29 March 2013 at 21:48 said...

Kenapa mardi mengenakan caj sebanyk rm1000 untuk 4 hari. Kepada yang tak mampu macam mane.

Unknown on 31 March 2013 at 04:25 said...

eh, saya masuk kursus tu xperlu bayar rm1000 pun, just rm50 untuk penginapan selama seminggu... itu saje.. kol la pejabat veterinar

rahim said...

sy dah 2 kali cuba mtk kursus ni,tp mungkin rezeki takde

NaGa PuTiH on 11 April 2013 at 11:41 said...

Salam pondok Usang...

tq atas info yg mengujakan..mudah2han ramai brpluang mnjadi usahawan ayam.anda sudah bermula mnjdi usahawan ayam ke?sy mncri ssiapa yg brminat nk join prgram Usahawan TAG-IKS Ayam Daging dengan minimum ternak 20 ribu ekor/pusingan..skiranya saudara dn ssiapa brminat blh call incharge sy 012-3622954 fairuz utk mklumat lnjut..trma kasih, wslm

khairul on 1 May 2013 at 19:32 said...

Assalamualaikum wbt,

Harap Tuan moderator berikan alamat kerana saya berhasrat untuk melawat ladang beliau untuk mendapatkan sedikit panduan dalam bidang ternakan ayam.

Nama saya : KHAIRUL HAKIMIN 0199500902

Anonymous said...

Masih adakah peluang untuk mendapatkan "SKIM KONTRAK TERNAKAN AYAM DAGING". Saya mempunyai tanah 2 ekar yang boleh saya jadikan reban ayam. Jika ada peluang, hubungi saya di no 012-4109565 (Hisham)

Unknown on 5 December 2013 at 16:02 said...

Salam bro,

Saya nak bertanya, semua makanan dan ubat-ubat yang diperlukan integrator akan provide tak jika berkontrak dengan mereka? Bro kata untung kira-kira RM1 seekor, yg profit ni dah tolak semua kos sekali ke? ataupun boleh kata RM1 tu untung bersih yang telah tolak kos elektrik, air, upah, consumable. etc? Sorry, masih baru dalam bidang ni

Unknown on 12 December 2013 at 12:52 said...

Assalamualaikum Encik,

oh rupanya nak buat ladang mmg ada syarat tanah tu ye.. saya ni pelaut, turun kapal baru rancang nak usahakan projek ni di 1 kawasan tanah sawah padi, agak jauh jugak dgn kawasan rumah tp berdekatan dgn tanah sawah lain. so agak2nya mcm mana ye tu encik. anyway, i'm just not in Malaysia, but maybe after come back sy boleh contact dgn veterinar.

pembekal ayam daging on 13 January 2015 at 20:36 said...
This comment has been removed by the author.
Unknown on 21 May 2016 at 07:05 said...

Sy berminat

Unknown on 26 July 2016 at 09:55 said...

sy berminat utk mengusahakan ternakan kontrak..sy mempunyai sedikit modal dan ada tanah seluas 8 ekar..ada sesiapa yg blh bg tunjuk ajar..harap dpt hubungi 016 9301837 akmar

Unknown on 26 July 2016 at 09:56 said...

sy berminat utk mengusahakan ternakan kontrak..sy mempunyai sedikit modal dan ada tanah seluas 8 ekar..ada sesiapa yg blh bg tunjuk ajar..harap dpt hubungi 016 9301837 akmar

Unknown on 22 December 2016 at 10:41 said...

saya nak bertanya..sy berminat utk bt bisnes pertenakan ayam secara kontrak...blh sy tau berapa kos di peu kan utk membuat reban 200 ribu ekor ayam...dan mcm mana cara utk memohon...terima kasih

Unknown on 22 December 2016 at 10:41 said...

saya nak bertanya..sy berminat utk bt bisnes pertenakan ayam secara kontrak...blh sy tau berapa kos di peu kan utk membuat reban 200 ribu ekor ayam...dan mcm mana cara utk memohon...terima kasih

Unknown on 22 December 2016 at 10:44 said...

boleh sy dapat kan alamat tuan kat mana.dan nombor hp...sy berminat utk dtg melawat reban tuan dan dpt kan sedikit ilmu dari tuan..

Azmeil on 25 January 2017 at 09:43 said...

Mcm mna nk dptkan ank ayam daging? Sy nk bela ayam daging tp untuk permulaan sy nk try bela dlm 5000 ekor dulu

Hamdan on 18 July 2017 at 13:01 said...

kalau kat sini tak nak rugi kalau ada terus pasaran baik ambil ayam yag sudah berumur 30 hari bela beberapa hari dah boleh terus jual. untung pon boleh tahan cuma perlu ada pasaran sendiri, cth kedai runcit, pasar basah @ pun tepi jalan. kalau ikut pengalaman rakan2 memang dia org syorkan buat mcm ini.

Unknown on 20 February 2019 at 01:20 said...

Saya nak tanya.brape harga jaring hijau y nk buat reban ayam 2??mntak jasa baik otai2

Post a Comment

koleksi gempak!!!