Don't Forget To Bookmark This Page

Wednesday, 25 January 2012

Hantu di Kalangan Orang Melayu dan cara Menghalaunya


salam. hari ni ingat nak wat artikel seram skit, sal hantu-hantu yang wujud dalam dunia melayu... boleh dikatakan hantu ni feymes gak la dikalangan melayu, walaupun dalam dunia serba moden ni, hantu ni ada banyak jenis, kaum, atau spesies nye, tetapi yang pasti,..ia tetap jelmaan setan atau jin...hantu ni kebiasaan tidak la sampai meragut nyawa, tetapi hanya menakutkan segelintir manusia.. sudah banyak di kaca-kaca televisyen hari ni yang menyiarkan filem-filem seram bagi menarik penontonnya yang tersendiri..ini menunjukkan bahawa, orang melayu ni, suka filem yang bertemakan seram. xnak la citer panjang, hehe. berikut adalah jenis-jenis hantu di kalangan orang melayu..


Pontianak atau lebih dikenali sebagai kuntilanak berasal daripada perempuan yang mati di bunuh ketika
mengandungkan anaknya. Pontianak ini akan hidup kembali dan akan membalas dendam kepada mereka yang terlibat dalam kes pembunuhannya.
cara hendak menghalaunya adalah, Jika sesuatu pokok atau tempat adanya pontianak dan selalu mengacau orang ramai , cara untuk menghalaunya dengan menggunakan paku . Ambil beberapa batang paku , kemudian paku tempat terdapatnya pontianak tersebut , ketuk paku tersebut dan tinggalkan separuh sahaja .Jangan di ketuk sampi masuk semuanya . INSYAALLAH pontianak akan meninggalkan tempat tersebut .
atau spesis ni adalah yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.



2. Pocong atau hantu bungkus adalah makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kapan. Ianya hanya melompat-lompat. Biasanya hantu jenis pocong selalu di jumpai di tanah perkuburan.
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.


3. Toyol adalah belaan manusia untuk kesenangan manusia dengan cara yang salah dan kurafat. Toyol membantu manusia untuk mencuri duit atau wang untuk di beri kepada tuannya sebagai membalas jasa tuan yang membelanya. Toyol biasanya diamalkan dikawasan luar bandar iaitu kawasan kampung.

 cara menghalaunya adalah  bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu


4. Langsuir atau penanggal dipercayai selalu menghisap darah yang keluar daripada ibu yang baru melahirkan anak. Hantu jenis ini juga memakan uri-uri bayi dan isi perot yang tertanggal hasil daripada anak yang baru sahaja dilahirkan. Kebiasaannya hantu jenis ini akan keluar mencara mangsanya pada waktu malam.
 cara nak hapuskan hantu ni, sorokkan badannya yang xda kepala tu, bawah rumah dia. mesti dia xdapat ambil kan, atau cucuk lidi di sekeliling badan hantu tu, atau pusingkan badannya dari kedudukan asal, yang pasti jgn bagi hantu ni masuk semula ke badannya,. menjelang subuh, jika dia xdapat masuk ke badan asalnya, mesti akan mati terbakar.


5. Dari cerita-cerita yang biasa didengar, hantu galah berdiri di tengah jalan. Rombongan budak-budak pula hanya ada dua jalan, cabut atau lari kuat-kuat lalu bawah kelangkang hantu galah. Biasanya berhenti bila terasa hantu galah dah jauh ditinggalkan. Hantu galah ini kalau sekali melangkah, kakinya boleh melepasi bumbung rumah, boleh seberang sungai yang lebar macam Sungai Perak dan gunung tinggi macam Banjaran Titiwangsa.
Pendekar dan pahlawan Melayu pula kalau diduga hantu galah di tengah-tengah jalan, tak lari. Sebaliknya orang gagah begini berpaut kuat-kuat pada kaki hantu galah itu. Hantu galah bila rasa ada orang berpaut pada kakinya pun menghayun-hayun kakinya setinggi-tingginya. Semasa hantu galah itu hayun kakinya dengan tinggi, orang yang berpaut kononnya boleh melihat gunung-ganang, lautan, sungai dan bumbung rumah sayup-sayup dari atas awan. Tujuan pendekar Melayu berpaut pada kaki hantu galah sebab nak cabut bulu roma hantu galah ini. Kaki galah hanya akan dilepaskan bila bulu roma yang dihajati itu dapat dicabut.

0 comments :

Post a Comment

koleksi gempak!!!