Barry dan Anne Watson telah berkahwin pada tahun 2002 sebagai sepasang suami isteri yang normal. Selepas sembilan tahun kemudian, mereka telah memperbaharui sijil perkahwinan mereka dengan kes yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Ianya adalah si isteri berkahwin semula dengan individu yang sama tetapi bukan sebagai suami dan isteri, tetapi sebagai isteri dan isteri. Barry yang dahulunya adalah seorang suami dan lelaki, kini dia telah menjadi seorang wanita yang bernama Jayne.
Jelas dalam gambar menunjukkan reaksi wajah muka Barry ataupun nama barunya Jayne menggambarkan dia lebih gembira daripada semasa menjadi pengantin lelaki. ( Muka isteri dia pulak yang monyok.. )
Barry merupakan seorang pemandu bas dan telah memberitahu kepada Anne tentang keinginannya untuk menukar jantina sejak umur 43 tahun lagi. Kini pada usia 53 tahun, impian Barry tercapai setelah mendapat kebenaran daripada Anne sendiri.
Barry merupakan seorang pemandu bas dan telah memberitahu kepada Anne tentang keinginannya untuk menukar jantina sejak umur 43 tahun lagi. Kini pada usia 53 tahun, impian Barry tercapai setelah mendapat kebenaran daripada Anne sendiri.
Kehidupan Barry sejak kecil amat berbeza dengan kanak-kanak lelaki yang lain. Semasa Barry kecil, dia telah dilatih untuk bermain dengan barangan perempuan, berpakain perempuan dan sebagainya. Mungkin didikan daripada ibu bapanya sendiri sejak kecil ini telah menjadi salah satu faktor kepada perubahan jantina pada dirinya.
Pada mulanya, Barry menyembunyikan identiti sebenarnya daripada isterinya itu sehingga pada suatu hari ketika Barry tinggal seorang di rumah, seperti biasa Barry akan cuba memakai pakaian isterinya dengan senyap-senyap. Dan hendak dijadikan cerita, Anne pulang awal dan terlihat suaminya berpakaian wanita buat kali yang pertama. Peristiwa itu membuatkan Anne menjadi hampir separuh gila. Sejak itulah Barry mengaku dan memberitahu hasratnya kepada Anne.
Admin : Kepada para2 bakal pengantin perempuan, sila pastikan yg bakal suami korang tu tulen ok! =p
0 comments :
Post a Comment