Semua orang tahu, bahawa, dalam 24 jam lepas (baru2 ini) , wikipedia telah menutup sementara perkhimatannya kepada semua orang, ini sebagai protes kepada (SOPA) iaitu singkatan kepada Stop Online Piracy Act, dimana ia satu topik hangat yang sedang diperbincangkan oleh pihak Amerika Syarikat. Bayangkanlah apabila setiap kali kita membuat carian internet, tiada satu carian pun yang berhasil, sebagai contoh, mencari bahan rujukan di wikipedia, mendengar lagu di youtube, membuat search di google, dan berkongsi di facebook, kerana bahan-bahan tersebut telah dihalang dan disekat kerana mengandungi bahan-bahan cetakrompak. hanya kerana membuat video di youtube berlatarbelakangkan lagu justin timberlake, boleh dihukum penjara. wht the fish......semasa wikipedia telah menutup akaunnya, lebih 162 juta kali pencarian mengenai SOPA telah dibuat dalam 24jam...
Secara kasarnya ia merupakan salah satu cara untuk mengurangkan masalah cetak rompak melalui internet, namun ia memberi kesan yang lebih daripadanya, dan seperti tidak begitu adil untuk semua penyedia perkhidmatan berasaskan internet.
Memandangkan kebanyakkan perkhidmatan terutamanya penyedia perkhidmatan nama domain (.com, .net. dan .org) adalah berpengkalan di Amerika Syarikat, maka perkhidmatan ini memberikan kesan menyeluruh, termasuk kepada para pengguna dan pembangun di Malaysia.
Walaupun cetak rompak merupakan salah satu perkara yang dihalang di semua negara, mahupun agama, mengawalnya masih lagi suatu perkara yang sukar. Apatah lagi dengan kebanyakkan perkhidmatan berasaskan web sekarang, seperti YouTube, Facebook dan sebagainya menggunakan kandungan yang dijana oleh pengguna, maka mengawalnya mungkin sesuatu yang sukar. Dengan pengenalan SOPA, ia semestinya akan memberikan kesan yang menyeluruh kepada perkhidmatan seumpama ini, dan memberikan kesan kepada penggunannya di seluruh negara, termasuk Malaysia.
Selain daripada itu, sekiranya hanya terdapat salah satu kandungan yang bertentangan dengan hak cipta, dibawah akta ini, ia akan menjadikan keseluruhan nama domain tersebut dihalang, dan memberikan efek yang besar.
OK. antara yang membantah SOPA, buat masa ini, kebanyakkan syarikat berasaskan internet, termasuk Google, Facebook, Yahoo!, Microsoft, PayPal, Mozilla, FourSquare, eBay, AOL, Creative Commons, dan banyak lagi.
Namun masih ada yang menyokongnya, dan salah satu syarikat yang menyokongnya adalah GoDaddy (GoDaddy telah menarik balik sokongan selepas ramai pengguna mereka keluar dan beralih ke perkhidmatan lain).
SOPA masih lagi pada peringkat pendengaran buat masa ini, dan pendengaran seterusnya bakal diadakan pada bulan Januari kelak. Dan semakin hari, semakin banyak syarikat membantah cadangan tersebut, dan ada juga yang menyokongnya.
Akhirnya, setelah ramai pengguna internet, dan syarikat gergasi internet yang memprotes terhadap akta SOPA dan PIPA pada hari Rabu yang lepas, kini ianya kelihatan akta tersebut telah ditamatkan perbincangannya, apabila beberapa pihak utama dibelakang SOPA mula menarik diri daripada menyokongnya.
Perbincangan dan pembetangan akta ini sebelum ini mendapat kecaman hebat daripada pengguna internet seluruh dunia, memandangkan ianya memberikan kesan menyeluruh kepada komuniti seluruh dunia. Laman utama seperti Wikipedia turut menutup laman mereka untuk sehari atas protes terhadap perkara ini.
Walaupun ianya telah ditamatkan pada masa sekarang ini, dan mungkin tidak akan dibincangkan semula dalam masa terdekat, kemungkinan untuk ianya dibincangkan semula dalam tahun-tahun akan datang masih ada.
Malah, tanpa SOPA dan PIPA sendiri, pihak berkenaan masih boleh mengawal dan menutup beberapa laman, seperti MegaUpload yang ditutup semalam disebabkan pelanggaran akta hak cipta.
Bolehlah menarik nafas lega semula selepas SOPA menarik balik Aktanya.

0 comments :
Post a Comment