Terdapat pelbagai jenis digital kamera dipasaran hari ini, yang kehendak dan budget anda. Jika anda membeli kamera digital untuk pertama kalinya, digital kamera adalah berbeza jika dibandingkan kamera yang menggunakan filem, oleh itu sebelum membeli ambillah masa untuk mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan kamera sebelum anda membeli.
1. Apakah kategori anda sebagai jurugambar? Aakah anda suka keseluruhan melaras proses keseluruhan gambar yang diambil atau anda hanya tahu mengambil gambar sahaja? Adakah anda hanya mahu meletakkan gambar di internet atau hendak mencetaknya. Jika begitu berapa besar anda hendak mencetaknya?
2. Jika anda bukan jurugambar professional dan anda hanya hendak mengambil gambar dan berkongsinya maka membeli sebuah kamera digital yang ringkas untuk “point-and-shoot” adalah mencukupi. Ia mempunyai setting automatik dimana anda hanya mengarahkan lens kamera dan tekan shutternya. Gambar segera terakam.
3. Bagaimanapun jika anda inginkan kebolehan untuk mengawal segala macam proses untuk mengambil gambar, maka anda perlu membeli mid-range kamera digital. Terdapat pilihan yan gluas untuk harga dan kebolehan kamera digital. Terdapat jenis-jenis kamera antara point-and-shoot dan kamera digital SLR yang boleh anda pilih dimana ia mempunyai kebolehan automatik dan juga anda boleh melaras sendiri mengikut kemahuan anda.
4. Bagi jurugambar professional kamera digital SLR adalah menjadi pilihan. Ini kerana bukan saja mereka boleh melaras semua settingnya, mereka juga boleh menukar lensenya kepada yang lebih jauh jarak fokusnya.
Apa sebenarnya yang anda perlu perhatikan untuk membeli kamera digital?
1. Pixel yang membina gambar…..pertama sekali sebelum membeli digital kamera, semak MEGAPIXELSnya. Pixel adalah titik-titik berasingan yang membentuk gambar. Megapixel bersamaan satu juta pixel. Kamera 1 megapixel boleh menghasilkan gambar sekitar 1200 pixel x900 pixel. Jika kamera digital 3 megapixel boleh menghasilkan 2048 x 1536 megapixels. Maka lebih tinggi megapixel akan memberi lebih baik resolusinya. Seperkara lagi perlu diingatkan ialah lebih tinggi megapixel maka lebih besar imej gambar yang boleh anda cetak:
Anggaran Megapixels vs sais print:
2 megapixel – mencetak sehingga 4×6 in gambar
3 megapixel – mencetak sehingga 5×7 in gambar
4 megapixel – mencetak sehingga 6×8 in gambar
6 megapixel – mencetak sehingga 7×10 in gambar
8 megapixel – mencetak sehingga 10×14 in gambar
12 megapixel – mencetak sehingga 16×24 in gambar
Untuk kegunaan email dan website maka kamera digital 3-5 megapixel adalah pilihan yang terbaik. Jika anda menggunakan kamera yang lebih tinggi resolutionnya maka ia akan menyebabkan email atau website tersebut menjadi lambat kerana saiz gambarnya terlalu besar dan berat.
Zooming ….kamera digital mempunyai dua jenis zoom iaitu optical dan digital. Fokus kepada optical zomm kerana lens opticnya yang akan membawa objek lebih dekat. Lebih tinggi numbernya maka lebih jauh anda boleh menarik subjek gambar tersebut. Digital zoom adalah proses mengambil informasi original dan membuatkannya lebih besar. Ia menjadikan subjek kurang jelas.
Untuk Keseronokan Memandang…kamera digital kebanyakan menggunakan skrin LCD selain viewfinder untuk fokus kepada subjek dan ada yang dipasang kedua-duanya sekali. Semak saiz skrin untuk memastikan keselesaan anda untuk melihat subjeknya.
Kelebihan Yang menyeronokkan …kebanyakan kamera digital menawarkan setting seperti burst shooting mode dimana memudahkan mengambil gambar yang sedang bergerak. Pilihlah untuk beberapa jenis yang berbeza dan mempunyai kelebihan yang memberi keselesaan kepada anda.
Mengambil gambar …apabila mengambil gambar maka anda hendak berkongsi dengan kawan. Oleh itu pastikan kamera digital mempunyai segala kemudahan untuk memuat turun gambar ke komputer anda.
Selepas membeli kamera digital anda pastikan anda mempunyai sedikit wang lebih untuk membeli dua benda yang amat penting kepada kamera digital anda.
1. Memory – digital kamera menggunakan memory untuk menyimpan semua gambar-gambar yang anda ambil. Oleh itu anda perlulah membeli kad memory tambahan untuk menyimpan semua gambar-gambar anda. Kad memory yang popular sekarag seperti SD, CF, SM, MS, MMC dan xD boleh didapati dengan mudah dan murah.
2. Bateri – anda mungkin akan merasa sangat kecg mengambil gambar dan anda tidak sedar bahawa baterinya semakin lemah dan habis. Maka untuk mengelak perkaewa apabila sedanra tersebut adalah dinasihatkan supaya anda membeli bateri tambahan supaya dapat mengekalkan kegembiraan anda itu.
0 comments :
Post a Comment