Don't Forget To Bookmark This Page

Monday 26 March 2012

Sejarah Penubuhan Google






Sejarah Penubuhan Google
Internet atau dunia alam maya yang sangat penting dalam dunia moden yang meningkat maju dengan menyajikan pelbagai bentuk perhubungan, informasi, dan hiburan tanpa batas. Bermula dari pengajaran di sekolah, bidang politik, muzik, filem, dan segala-galanya terdapat dalam internet. Segalanya yang diperlukan dapat diselesaikan melalui pencarian dalam internet, seperti petua merawat penyakit, berhubung dan berkomunikasi dengan saudara jarak jauh, membeli barangan, menjual produk, mencari sumber informasi terkini, bahkan mencari jodoh pun boleh hanya dengan sekali pencarian sahaja melalui internet. Pencarian dalam internet tidak akan habis, bahkan akan sentiasa bertambah dengan peningkatan pengguna internet seluruh dunia. Setiap hari lebih kurang beribu-ribu atau berjuta-juta data dan maklumat baru dimasukkan dari seluruh dunia untuk perkongsian bersama pengguna lain. Asas yang paling penting dalam dunia internet adalah mesin pencarian, dan salah satunya adalah Google.

Awal Penubuhan Google
Penubuhan Google sebenarnya boleh dikatakan secara kebetulan sahaja. iaitu pada 1995 dengan pertemuan antara Larry Page 24 tahun (pada ketika itu) dari Universiti Michigan, dan Sergey Brin 23 tahun (usia pada ketika itu). Pada ketika itu, Larry page sedang berkunjung untuk kali terakhir ke pekan dan dihantar oleh Sergey. Kedua orang ini mula membincangan sesuatu iaitu mengenai mesin pencari yang ada di internet, yang mana kedua mereka telah bersepakat untuk menciptakan mesin pencari yang lebih efektif. Setelah beberapa lama melakukan kajian, akhirnya tahun 1996 mereka telah berjaya menciptakan mesin carian yang dinamakan Backrub. Mereka teruskan usaha untuk sempurnakan mesin pencarian Backrub dan dalam masa yang sama mencari Investor untuk projek mereka.

Dari Googol ke Google
Akhirnya mereka telah menemui investor untuk projek mereka iaitu Andy Bechtolsheim sebanyak 100,000 dolar dalam bentuk cek untuk projek tersebut, tetapi dengan syarat mesin carian tersebut hendaklah diganti dengan Googol, iaitu sebuah kata yang beerti bilangan 1 dengan 100 angka dan 0 dibelakangnya. Tetapi secara tidak sengaja, Andy tersilap membuat tanda/nama dan menuliskan cek itu untuk perusahaan Google. Tetapi cek tersebut tidak boleh dibatalkan kerana pada ketika itu belum ada perusahaan Google. Walaupun menurut mereka nama itu unik, tetapi mereka bingung untuk mendirikan perusahaan tersebut. Akhirnya Sergey dan Larry telah mencari investor lain dan telah berjaya mengumpulkan 1 juta dolar. Dengan duit tersebut, mereka boleh membuat perusahaan dengan nama Google dan membatalkan cek dengan Andy Bechtolsheim.
 
Menjadi Mesin Pencarian Terbesar Dalam Dunia Siber
Akhirnya setelah sekian lama, Google telah rasmi dilancarkan, walaupun begitu banyak yang memandang sebelah mata bahawa mereka tidak akan dapat meraikan kejayaan. Kerana pada saat dan ketika itu, mesin pencarian di internet belum banyak digunakan oleh pengguna internet. Tetapi seiiring dengan peredaran masa, semakin ramai orang di seluruh dunia menggunakan Google sebagai mesin pencarian nombor 1 dalam dunia. Sejarah Google membuktikan bahawa pandangan jauh oleh Sergey dan Larry telah pun berhasil membuat Google menjadi nombor 1 pilihan seluruh dunia..

3 comments :

Anonymous said...

Google emang top dahhh .
salam kenal yaa .
www.aroundgadget.com

jahajahatable on 27 March 2012 at 16:33 said...

kenapa setiap perkataan google nya di link kan? boleh share?

Unknown on 29 March 2012 at 22:53 said...

saje je nak link kan google tu..hehe
bole2..share la., untuk makluman bersama kan.

Post a Comment

koleksi gempak!!!